bismillahirrahmanirrahim....
alhamdulillah, sempat juga curi-curi masa dalam dok 'study' nak exam ni.
untuk entry kali ni, ana cuma nak kongsikan sedikit pendapat berkenaan isu-isu hangat yang berlaku dalam negara kita mutakhir ini. berat untuk ana menulis isu ni sebenarnya, sebab ana bukanlah orang yang layak untuk memberi pendapat, jauh sekali untuk memberi kritikan. namun, insya allah, setiap pendapat dan kritikan dapat memberi manfaat.. insya allah...
sebenarnya ana bukanlah seorang yang always up to date dengan akhirul anba', jadi, insya allah ana cuma sekadar berkongsi apa yang ana tahu. andai terdapat mana salah dan silap, ana memohon kemaafan di pemula bicara...
QIYADAH ASAS QUWWAH JAMAAH
andai kita cakna dengan berita akhir-akhir ni, banyak berita-berita yang berkaitan dengan masalah-masalah dalaman yang berlaku dalam kalangan pemimpin samada dalam peringkat persatuan univesiti, gerakan mahasiswa, mahupun parti-parti politik.
dan apa yang lebih menyedihkan, masalah-masalah ini, turut menyerang jemaah-jemaah islam!
entah lah apa puncanya, apa yang pasti, ana sedikit terkilan...
ana terkilan kerana kadang-kadang, masalah yang sepatutnya dapat diselesaikan secara slow talk antara kepimpinan sendiri tidak diselesaikan sedemikian, akan tetapi masalah-masalah ini cuba diselesaikan di tengah-tengah tontonan masyarakat umum. bagi ana, ini merupakan sesuatu yang sangat berbahaya. perkara seumpama ini menunjukkan kerapuhan jemaah-jemaah islam yang boleh membuka peluang kepada musuh-musuh mencari runag-ruang kelemahan dan tidak ketinggalan juga menyebabkan hilangnya thiqah masyarakat pada kepimpinan islam itu sendiri.
mungkin, kadang-kadang yang menjadi punca masalah ini 'yang sebenarnya' adalah diri kepimpinan itu sendiri. para pimpinan terutamanya, seharusnya sentiasa bersikap salamatus sodri terutamanya terhadap ahli dan sahabat seperjuangannya.
setiap pendapat yang diutarakan merupakan satu cetusan yang datang dari diri yang seharusnya dihargai sama ada dengan penerimaan atau penolakan..
setiap perselisihan pendapat yang berlaku haruslah diselesaikan dengan baik. bukan masing-masing tegar hendak mempertahankan pendirian masing-masing tanpa pengkajian, penelitian yang baik...
perbincangan semeja amatlah penting dalam kalangan pimpinan sendiri terutamanya...
jangan biarkan racun yang datang menular tanpa kita berusaha mencari ubatnya..
Pesan As-Syahid Imam Hassan al-Banna:
"jadilah anda para pekerja dan bukan hanya individu yang pandai berdebat. sesungguhnya jika allah memberikan hidayah kepada satu kaum, tentu Dia akan mengilhamkan kepada mereka untuk beramal. tidaklah tersesat suatu kaum selepas datangnya petunjuk, kecuali mereka yang suka berdebat. anda hendaklah saling mencintai antara satu sama lain. jagalah selalu persatuan dan kesatuan kerana ia merupakan rahsia kekuatan dan penentu kejayaan anda. teguhlah terhadap prinsip, allah membukakan al-haq di antara anda dan di tengah kaum anda. Dialah sebaik-baik pembuka. dengar dana taatilah qiyadah dalam keadaan susah atau mudah, dalam keadaan aktif atau malas. itulah syiar dan fikrah anda dan mata rantai hubungan di antara anda"
(Risalah Baina alYaum wal Amsi)
apapun, janganlah sehingga kita menjadi pasif...
"wajadilhum billati hiya ahsan"......
FASTABIQUL KHAIRAT
zaman la mmg ramai hukama'..
BalasPadamtapi kurang plak fuqaha'..
huuu
amirah,
thanx banyak2 ats nasihat nt ritu!
mmg appreciate sgt2!
xtaw nak habaq camna..
=)
moga ALLAH redho perjuangan ini..
Ameen~