.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Khamis, 20 Januari 2011

al-fatihah





Teman, persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu....
Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia...

Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan aku dan kau
mengukir 1001 kenangan bersama....


Moga kita bertemu kembali di syurgaNya kelak...


Al-fatihah buat Nurul Iman Ab Alim yang telah kembali ke rahmatullah pada 10.15 pagi, 17 Januari 2011.

Coming later : Perginya seorang mujahidah


Isnin, 3 Januari 2011

ACTUALLY...



“Niat itu memang sudah ada sejak dulu lagi, namun sebaiknya biarlah kita betul-betul bersedia dan sebaik kita pakai jangan sesekali kita tanggalkan. Tidak semestinya selepas berkahwin kita harus memakai tudung kerana bertudung itu adalah perkara yang wajib bagi wanita Islam laksanakan, cuma kita saja yang abaikan. “Manusia ini sebenarnya memang tahu dosa yang dia lakukan, tetapi kita saja yang buat-buat tak tahu, apa-apapun kita cuba renungkan kembali apa niat kita sebenarnya. “Jika ada pilihan selepas ini memang saya sudah tidak mahu ambil watak yang seksi tetapi kita harus melihat juga sejauh mana seksi itu, jika terlalu mendedahkan tubuh memang saya tidak mahu. “Seksi ada banyak faktor, kita berpakaian lengkap pun ada kalanya orang menganggap ia masih seksi, terpulang kepada mata orang. Kalau watak seksi itu boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton buat apa kita tolak,” katanya.







Mungkinkah mereka sebenarnya tahu,
Tapi mungkin juga mereka tidak benar-benar faham
Atau mungkin juga mereka tahu dan faham, tapi tiada kesedaran....?

Tak perlu kita soalkan mereka

Tuding jari ke diri kita.
Bagaimana kita?
Kita tahu?
Kita faham?
Kita sedar?
Kita beramal?
Kita sampaikan?

ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK