.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Sabtu, 20 Jun 2009

belajarlah untuk menghargai...

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi, atas segalanya.. selawat dan salam ke atas rasul junjungan qudwah hasanah thul zaman..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
alhamdulillah sekali lagi.. akhirnya, setelah hampir seminggu ke'tandusan' internet di asrama MARA ini, alhamdulillah, semalam, lepas balik je dari kuliah tafaquh dekat Sporting Kubra, orang kat rumah cakap dah ada internet. alhamdulillah..

HARGAI UKHUWAH

Baru-baru ni ana ada buat entry yang tak bertajuk. sebenarnya ana memang sangat impikan nak jadi seorang sahabat yang setia, sejati, memahami, mengasihi. ana impikan memiliki halawatul ukhwah yang dipenuhi dengan salamatus sodri, musawamah, dan ithar.. ana mengimpikan semua itu, bukan dari sahabat untuk ana, tapi ana sangat mengimpikan untuk menghadiahkan halawatul ukhwah itu untuk sahabat-sahabat ana. tapi, ana rasa, sampai sekarang ana tak mampu nak hadiahkan kemanisan itu untuk sesiapa pun. bukan ana tak nak, tapi, ana masih belum mampu. insya allah, ana akan usaha, untuk satu hari nanti, menghadiahkannya pada sahabat-sahabat di sekeliling ana. apa pun, buat sahabat-sahabat ana, ana memang sayangkan antunna semua... ana juga harap antunna sayangkan ana walaupun ana bukanlah sahabat yang terbaik...

bersahabat, membina tali persaudaraan adalah satu yang amat berharga.

ukhwah mengajar kita banyak perkara.
mengajar kita untuk memahami,
mengajar kita untuk mengalah,
mengajar kita untuk memaafi,
mengajar kita untuk menghargai,
mengajar kita untuk menyayangi.

lantaran, hargailah ukhwah yang terbina. suburkanlah ia..
moga ia menjadi landasan dan jambatan untuk kita sama-sama mengislah diri dari segenap aspek dan menjadi medan kesatuan untuk kita memperjuangkan islam tercinta....

buangkanlah segala yang keruh.. jangan biarkan hasutan-hasutan tak berasas menjadi pemusnah ukhwah yang terbina... biarlah ukhwah kita umpana yang dikatakan dalam hadis rasulullah.. sakitnya satu bahagian, sakitlah seluruhnya... biarlah kita menjadi batu bata yang saling mengukuhkan antara satu sama lain..

HARGAI NIMAT KEBERGANTUNGAN PADA ALLAH

Cerita 1

ana pun tak berapa nak ingat, tapi rasanya dalam 2 minggu lepas. mulanya ana ada presentation anat. group ana ada 8 orang. kami kena bentang tentang 'nerve supply of the lower limb' dan ana dapat tajuk tibial nerve..
hari pembentangan tu, kami semua pun dah ready untuk membentangkan tajuk masing-masing. elok sampai je kat lab anat, dr kami, Dr Syed tak sampai lagi. biasanya dia sampai awal. untuk mengisi masa, ana pun pinjamlah dulu buku Lower Limb Dr Sameh Dos dekat sahabat ana.
"eh, lain lah pulak. patutlah rasa macam dah tercampur dengan tajuk orang lain". ana mula rasa tak senang. slide yang ana buat dah becampur dengan tajuk yang orang lain patut buat.
ana cuba bertenang. 'takpe, insya allah, semua dipermudahkan..' aku cuba tenangkan hati.

''ok, you'll be presenting your presention to me, your prof are not attending today.. and i'll only give you maximum 10 over 15..'' tiba-tiba Dr Ahmed Jamal datang membawa 'khabar buruk' bersama wajah sinis dan terus berlalu meninggalkan kami menuju ke kumpulannya. Dr Ahmed Jamal memang macam tu, suka saja 'mengkondem kumpulan kami yang merupakan kumpulan best friend dia. :)

'alamak, kalau dengan Dr ni, lagi habislah.. takpe2, insya allah, semua akan dipermudahkanNya..' ana cuba pasang laptop Mas, rancangnya nak edit slide ana setakat mana yang sempat.
''alamak password pulak. fida, tau tak password laptop mas ni?"
"ish, tak pulak. takpe, tanya dia. Alllahuakbar, mas tak bawa henset tadi dia cakap"
'allahuakbar.. ya allah, kau saja dapat bantu aku.. permudahkanlah aku..'

ana cuba tenangkan diri. waktu tu ana memang agak tenang. ana memang waktu tu meletakkan keyakinan 100% segalanya akan dipermudahkan Allah.

"eh, Dr kita dah datang"
'alhamdulillah............'

"ok, sorry, i've examanition for th examination today. so, to save time, i'll only ask each of you one question, and then you'll get full mark"

'ALHAMDULILLAH...'

Cerita 2

hari ni, ana dan ebahagian sahabat-sahabt group D sec 5 bentang Physio. hari tu memang ana melangkah ke department physio 'tanpa sebarang perasaan'

tengah-tengah, ahli 2nd presentor tengah present, Dr Nasreen dengan nada tegas bersuara,
"i'm sorry, before that, may i ask you, is this the presentation of histology or physiology? we're only ineterested for the fact regarding physiology. but till now, you have only presented about histology."

kami semua terkedu. akhirnya salah seorang daripada kami pun menjelaskan bahawa point yang berkenaan dengan physio hanya ada sedikit nak dibandingkan dengan bilangan kami. jadi, kami tambahkan info about histology...

di akhir section, prof pun kata, 'just to be honost, this is not compared to what your friend have done before. the information you gave are good, but it's not like this you can present it best.'

Pengajaran

sebenarnya apa yang ana nak kata kat sini, pentingnya kebergantungan kita pada allah. waktu presentation anat, tu memang ana sungguh letak keyakinan dan kebergantungan pada allah untuk permudahkan segalanya, dan alhamdulillah allah permudahkan. tapi, waktu presentation physio tu, memang ana langsung terlupa untuk tajdidkan niat kembali dan letakkan tawakal pada allah untuk permudahkan segalanya. dan natijahnya, alhamdulillah juga sebab allah bagi peringatan pada ana.

Bersesuaian dengan firman allah, dalam surah At-tholaq, ayat 2 maksudnya;
" barangsiapa bertawakal pada allah, nescaya dia akan adakan baginya jalan keluar"

HARGAI HIDUP INI

Sudah hampir seminggu lebih selepas pemergian Allahyarham Ammar Zulkifli, pelajar tahun 3 perubatan Universiti Kaherah.

Walaupun ana langsung tak perbah kenal insan bernama Ammar Zulkifli sebelum ini, pemergiannya benar-benat memberi kesan pada ana.

Jujurnya, memang ana sedih bila dengar berita ini.
bila tengok gambar-gambar arwah, gambar-gambar pengkebumian, komen-komen di blog sahabat-sahabat dia, ana jadi sebak.
bak kata Fathni, " oh, sedih beno die. mace gewe die pulok!"

Hehe. takde lah macam tu. ana sendiri pun pelik pada mulanya, kenapa ana rasa sedih sangat, sedangkan ana tak pernah kenal dia pun. apa yang ana dapat simpulkan, ana rasa yang banyak 'persamaan' antara kami, mungkin. dia datang dari kepala batas, dia pelajar perubatan, mesir, dia pernah masuk DQ, keluar di pertengahan sem, dan yang paling penting, usianya juga hampir sebaya.

sebab tu ana rasa sebak sangat. ana sebak bila ana tengok betapa ramainya orang yang sayangkan dia. betapa ramainya orang mendoakan dia. betapa ramainya orang menghadiri majlis pengebumian arwah. dalam usia sebegini, dia adalah mujahid muda di mata orang sekelilingnya. senyuman dan peluh pada muka arwah menambah sebak ana.

ana sebak, memikirkan adakah pengakhiran ana semulia ini? adakah ana akan dikenang sebagai mujahidah muda andai pengakhiranku tiba....?

ya allah, bantulah kami hidup dalam kehangatan cintaMu

ya allah, bantulah kami hidup dalam penuh kehambaan padaMu

ya allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah

ya allah, jadikan al-jannah milik kami.....

ameen.....................


p/s : al-fatihah buat arwah Ammar Zulkifli dan Sheikh Fathi Yakan

FASTABIQUL KHAIRAT

1 ulasan:

  1. stuju sangat ngan nt.
    tym genting camna skalipun klaw hati ni tringatkan ALLAH,
    memang slalula dipermudahkanNya..


    kasih sygNya juga tak pernah kukecewa.
    =)


    btw,
    pemergian allahyarham saudara Ammar mmg sgt terkesan di hati.
    cukup terasa pemergiannya.
    pringatan kmatiannya turut menginsafkanku.
    moga pengakhiran kita juga semulia diri arwah..

    al-fatihah..

    BalasPadam