bismillahiwalhamdulillah...
selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.
Terkena rasanya atas diri apabila membaca post terbaru ditulis oleh sahabat ana (aaidah) waktu kat maahad. Tiba-tiba teringat pula kenangan tamrin kat maahad dulu. Bak kata k.madihah dalam blognya, "woo syadid woo tamrin maahadi..btl tak ? sapa yang ditamrin sekali taw la syadid tak syadid..tapi takpa..kebal sikit diri ni..xdala lembik sangat.." Tapi ana rasa, bukan kat maahad sahaja, dekat mana-mana pun, rasanya pembawakannya lebih kurang sama sahaja.
Bercakap mengenai tamrin, insya allah entry kali ini sekadar perkongsian berkenaan fenomona tamrin atau mungkin juga kadangkala lebih dikenali sebagai kem.
Post ini ana ambil ilham dari sebuah blog tapi dah banyak yang diedit supaya selari dengan pendapat ana yang dhoif ini.
Sekali lagi, ini sekadar perkongsian pendapat berdasarkan sedikit pemerhatian, pembacaan, dan pengalaman ana sendiri sama ada sebagai peserta mahupun sebagai fasilitator.
Mungkin ramai yang tak bersetuju. Apa pun, ana mengharapkan andai perkongsian ini ada relevannya, sama-samalah kita praktikkan, insya allah.
“Bila kita jadi fasilitator, bayangkan kalau kita jadi peserta”.
Dalam berprogram, matlamat khusus adalah memahamkan bukan membaham. Kita ingin menambah ilmu pengetahuan, penghayatan, pengamalan, maka letaklah prioriti itu pada tempatnya.
Maka, kekerasan ana kira bukanlah satu metod yang PALING berkesan seandainya ia berkesan sekalipun.
“Kita tak boleh terlalu lembut dengan diorang, cuba tegas sikit”
Mungkin ini adalah salah satu dialog antara para fasilitator program.
Soalnya di sini bukanlah kita terlalu lembut.
Andainya program ini mampu memberikan anjakan paradigma pada seseorang, kenapa tidak kita memberikan sepenuh perhatian dengan bijaksana memberikan mereka ruang?
Masing-masing inginkan semuanya ikut kehendak mereka.
Apabila disuruh senyum dan apabila perserta senyum seikhlas hati...
"apa senyum-senyum?! ingat program hari ni suka-suka? cuba serious sikit! ingat jalan berjuang ni boleh senyum sepanjang masa?"
Akhirnya peserta semakin takut dan tidak selesa.
Penumpuan yang sepatutnya kepada pengisian berubah ‘cuaca’ ke cepat balik rumah.
Mereka perlukan latihan, bukan seksaan!
Ketegasan itu memang perlu. Sangat perlu. Terutamanya dalam proses pentarbiyahan.
Cumanya, ketegasan dan kekerasan bukanlah sesuatu yang sinonim.
'Kegarangan' yang kadang-kadang ekspresinya lebih daripada yang berpadanya sahaja pada ana lebih banyak membawa kepada menghilangkan respect, menjurangkan kasih sayang, dan mungkin sekali bisa menimbulkan kebencian.
Mungkin pada fikiran logiknya, ia mampu mengawal keadaan atau memberi perintah tapi pada luarannya ia dipandang menunjukkan ego.
Imam Al-Ghazali pernah berpesan
“Marah mematikan kewarasan akal”
Mungkin benar, sebagai orang yang melaksanakan program kita dah banyak habiskan tambang, minyak, pelajaran dan sebagainya.
Peserta demikian juga. Sebagai fasilitator juga, kita sepatutnya menghormati mereka kerana mereka yang juga berkorban untuk datang berprogram.
Memberi keselesaan adalah satu penghormatan
Memberi tunjuk ajar adalah satu penghormatan
Menegur dengan baik juga adalah satu penghormatan
Kita akan dihormati andai kita menghormati.
PERUBAHAN....
Perubahan memakan masa. Ibarat sebuah jam. Sekiranya diteliti jarum pendek, tidak bergerak-gerak. Tetapi, setelah dilihat sejam selepasnya, jarum jam telah berubah kedudukan.
Perubahan tidak berlaku dalam kadar yang cepat.
Kita kadang-kadang begitu ghairah menginginkan perubahan.
Kadang-kadang memberi kayu ukur, dengan membuat peserta menangis, kita berjaya mengubah mereka. Walhal sesi muhasabah demikian adalah permainan emosi. Kita mungkin mengetuk pintu perubahan, tetapi belum tentu mereka akan masuk ke pintu tersebut.
Fasilitator bukanlah seorang changing factor tetapi solution-oriented.
Ingatlah,
Rasulullah sering kali membuka minda para sahabat dengan keindahan syurga dan amalan yang boleh sampai ke arahnya, nikmatnya, damainya, sentosanya keadaannya. Oleh sebab demikianlah sahabat-sahabat berlumba-lumba membuat demikian.
Lain pula halnya dengan gambaran neraka.
Barangsiapa yang inginkan maksiat dan dosa, maka di situlah Rasulullah menerangkan bahayanya api neraka, azabnya, seksaannya dan sebagainya. Kerana ini, sahabat pun menjauhi maksiat kerana takut pada seksaan Allah.
Sekiranya matlamat adalah perkaderan dakwah, maka sepatutnya diselitkan keindahan berjuang, kemanisan ukhwah, dalam masa yang sama input-input ilmu begitu senang meresap di dalam dada.
Bagi ana, mungkin perkara yang dianggap sebeginilah yang menjadi kita sering hilang kekuatan. Ramai yang futhur di pertengahan kerana kemanisan perjuangan yang sepatutnya dirasakan sepanjang jalan berjuang sama ada dalam susah ataupun senang, sebaliknya sentiasa dipenuhi dengan kepahitan yang berpanjangan sama ada dalam senang atau susah, kerana dari awal lagi kita sudah dimindsetkan, perjuangan itu memang pahit!
Wallahua'lam....