.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Selasa, 31 Ogos 2010

ramadhan ini...





badan gemuk + iman kurus

ATAU

badan kurus + iman gemuk

ATAU

badan gemuk + iman gemuk

ATAU

badan kurus + iman kurus


mana satu matlamat anda?

mana satu yang dah anda capai?

mana satu yang masih menjadi sasaran anda?

masih belum terlambat, insya allah....


Ahad, 8 Ogos 2010

indahnya air mata....


Bismillahiwalhamdulillah
Selawat dan salam buat junjungan besar, nabi muhammad, khatamul anbiya'.

Dah berhabuk, bersawang, dan segala ber dah blog ini.
Sepatutnya cuti-cuti macam ini, makin rancak blog ni di'update' tapi makin suram pulak. :(

Apa pun, mohon maaf kerana sememangnya
ada halangan yang membuatkan ana tak meng'update' blog ni. Alhamdulillah, dapat kekuatan juga nak teruskan menulis. (bimbang sebenarnya...)

Awwalan, ana bukanlah nak membuka kisah hidup kepada semua, cuma sekadar perkongsian yang mungkin dapat memberi manfaat kepada semua. Ana bersetuju dengan pendapat sahabat-sahabat (ikhwah terutamanya) yang sentiasa peka menegur sahabat-sahabat blogger (akhawat terutamanya) yang kadang-kadang MENDEDAHKAH kisah hidup seharian mereka. Namun, bagi ana, tak salah andai BERKONGSI kisah hidup yang boleh membawa pengajaran kepada semua. wallahu'alam.

Alhamdulillah, cuti musim panas kali ni, allah izin untuk ana 'stay' beberapa ketika di bumi mesir ni. Alhamdulilah juga walaupun jiwa ni asyik menjerit-menjerit membilang hari untuk pulang ke malaysia, syukur kerana allah izin juga untuk ana cuba isi ruang-ruang yang ada dengan sebaik mungkin.




KELAS ARAB

Alhamdulillah, allah izin untuk ambil kelas arab cuti ni. Bersama seorang sahabat, ana cuba ambil kelas arab untuk mustawa khusus untuk nahu sorof. Walaupun dulu sekolah maahad, belajar arab, pakai kitab azhar, tapinya, masya allah, banyak sangat benda yang tak tahu sebenarnya.
mungkin dek penangan 'exam oriented' yang ditanam sejak kecil membuatkan masalah 'ilmu fil kutub' semakin berleluasa. Hebat sungguh perancangan sekularisme ini!

Ingat kepada pesanan ustazah halah, belajar ni bukan saja-saja, bukan untuk diri sahaja. Once dah belajar, jadi tanggungjawab untuk kita terus belajar, amalkan, and sampaikan pada orang lain. Meskipun bukan bidang kita untuk disampaikan, berkongsilah denga apa cara sekalipun.

Juga pesan ustazah, semakin pudarnya kemahiran berbahasa arab dalam kalangan umat islam teruatamanya, dan semakin meluasnya penggunaan bahasa-bahasa pasar (eg; arab 'ammi) juga merupakan perancangan musuh islam untuk menjauhkan umat islam daripada memahami islam dengan baik!


KUNTUM 2

Alhamdulillah. dah 2 hari berlalunya KUNTUM 2 atau nama manjanya Kembara Ukhwah dan Thaqafah 2010. Bertemakan "Pencerahan Disemai Pencerahan Dijana", ana kira berpandukan respon-respon daripada para peserta, program ini berjaya mencapai objektifnya meskipun tidak 100%.

Walaupun tak dapat sertai setiap slot pembentangan kertas kerja dengan sepenuhnya, alhamdulillah, banyak benda yang ana dapat.

Mungkin sedikit kesimpulan yang boleh ana buat daripad kertas-kertas kerja yang dibentangkan; Hidup kita sebagai hamba merupakan satu medan ujian. Serangan musuh-musuh islam, syaitan dan hawa nafsu terhadap setiap sudut ruang kehidupan kita daripada sebesar-besar masalah dunia sehingga sekecil-kecil masalah individu, takkan pernah berhenti. Dan dalam kita sedar atau tidak, setiap masalah itu, ada jawapan dan penyelasaiannya yang telah islam gariskan. tinggalnya cuma pada kita untuk gunakan "senjata" yang telah islam sediakan atau membiarkan diri terus ditembak.

Bak kata Ustaz Rahim, JUST DO OUR PART, AND LEAVE THE REST TO ALLAH.


Kenangan sebagai ajk "multi-purpose" untuk program KUNTUM 2 ni juga telah menghadiahkan kenangan, pengalaman dan pengajaran yang berharga pada ana. Dan apa yang suka untuk ana kongsikan di sini, adalah sebagai manusia yang sememangnya punya seribu kelemahan, untuk membuka ruang menerima kritikan , seterusnya bijak mengatur kritikan-kritikan tersebut, menjadi satu tiang untuk kita terus mengukuhkan binaan diri , bukannya menjadikan kritikan-kritikan tersebut sebagai satu bebanan, membina keserabutan yang meruntuhkan tiang-tiang yang sedia wujud dalam binaan diri kita.

Seterusnya, seperti mana yang pernah ana sebutkan sebelum ini, kita hanyalah manusia, yang mana mungkin mampu memuaskan hati semua pihak. Apa yang penting, kita berusaha untuk meraikan semua pihak sekadar kemamupuan kita. Terutamanya sebagai seorang dai'e menjadi tanggungjawab untuk kita cuba memahami kedudukan mad'u kita seterusnya berusaha meraikannya.

Dan yang pasti, lagu ADAKAH KAU LUPA terus menggamit kenangan di sana...


Berbalik kepada tajuk asal...

keringnya air mata..
adakah hati semakin keras...?
deraslah...
atas nama kerinduan padaNya...

.

RAMADHAN KAREEM...