.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Khamis, 24 September 2009

coretan aidilfitri..

1 SYAWAL




-thun ni giliran merbok utk raya pertama..

-tips utk yg bakal berumah tangga; wat turn siap2 untuk raya, selang-selang ka, nanti,tak perlulah susah nak bertelagah menjelanag aidilfitri.



tema thun nie, kuning kecoklat-coklatan. (crilah bju yang terbaik untuk dipakai pada 1 syawal, tapi tak semestinya yang baru!)


2 SYAWAL

-bertolak ke Kg Bukit Lada... (Pahang)


3 SYAWAL

-malam ni ada kenduri tahlil

-kat pahang, klu kenduri, sokmo masak sendiri jer, ramai tenaga.. malam tu wat gulai nangka (kot) ayam masak kicap merah2 sikit (",), sambal belacan, ulam2, etc..


postmoterm selepas para tetamu pulang.


pakat tunggu nak sambung mesyuarat keluarga pulak..


antara isu yang dibangkitkan;

**abah (abang long) :

- tabung keluarga
- solat
-al-quran dan as-sunnah sebagai pedoman

**ayah de :

-adab berpakaian, terutamanya kaum hawa; t-shirt labuh, tudung menutup dada, etc.

**ayah ndak :

-hormat ibu (tok); jgn bebankan ibu
- "dulu mok boleh jaga kita 11 org, takkan kita 11 org tak bleh jga mak sorang?"


4 SYAWAL

-bertolak balik ke rumah


5 SYAWAL



rombongan pak-pak menakan, mak-mak menakan dan sepupu sebelah mama ke rumah..



hero-hero keluarga md saad



heroin-heroin keluarga md saad


**SERIBU KEMAAFAN DIPOHON KEPADA SEMUA. SEMOGA AIDILFITRI KALI INI KITA BENAR-BENAR TELAH KEMBALI KEPADA FITRAH..




Ahad, 6 September 2009

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

bismillahirrahmanirrahim...

nampaknya, masa begitu pantas berlalu. kita sudah hampir memasuki fasa ke-3 ramadhan
apa khabar pesta ibadah kita?
moga semakin hari semakin 'meriah'...
ameen...

Satu masalah yang bila difikir, tak terfikir pula. Apa pun, sebagai manusia yang dikurniakan akal, sama-samalah kita fikir-fikirkan, supaya ketemu penyelesaiannya.

Jika dahulu, ramai yang mempertikaikan apabila arena politik, ekonomi, sukan dan lain-lain urusan dunia, mula dibawa oleh ahli agama, sehinggalah ramai yang mula memahami seperti mana yang dikatakan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:

"Islam adalah satu sistem yang syamil dan merangkumi semua aspek kehidupan. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah 'aqidah yang benar dan ibadat yang sah"


Dan alhamdulillah, di zaman ini, semakin ramai yang cuba memahami islam.

Semakin berkurang si buta yang mengatakan gajah itu seperti sebatang kayu sedang dia hanya memegang kaki gajah itu sahaja.

Semakin kurang si buta yang mengatakan gajah itu seperti kipas sedang dia hanya memegang telinga gajah itu sahaja.

Semakin berkurang si buta yang mengatakan gajah itu seperti tali sedang dia hanya memegang ekornya sahaja.

Semakin ramai pula si celik yang nampak akan gambaran gajah itu dengan sempurnanya ia sebagai seekor gajah dengan kakinya, telinganya, ekornya, dan anggota-anggota lainnya.

INSYA ALLAH....

Namun, tidak kurang yang masih tersalah faham tentang islam atau saja-saja buat-buat tak faham.
Bahkan, ramai juga yang menyalahgunakan kefahaman islam ini demi kepentingan duniawi. Nauzubillahi minzalik.

Islam itu dipolitikkan,
Islam itu diekonomikan,
Islam itu diperundangkan,
Dan bermacam-macam lagi Islam itu diper.....kan.

Sedangkan, semua urusan dunia itu yang perlu dibereskan dengan cara Islam.

Politik itu dibereskan dengan cara Islam,
Ekonomi itu dibereskan dengan cara Islam,
Perundangan itu dibereskan dengan cara Islam,
Baru dengan itu, segala-galanya akan benar-benar BERES.

Pendek kata, namun panjang maksudnya;

ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

Jangan biarkan diri kita seperti kaum 'Aad ang ditimpa kemarau berpanjangan diikuti ribut kencang akibat mengingkari seruan nabi Hud

atau seperti kaum Tsamud yang disambar petir akibat mengingkari seruan yang dibawa nabi Soleh


atau seperti kaum nabi Luth yang ditimpa gempa bumi akibat mengingkari seruan nabi mereka

atau seperti kaum nabi Nuh yang ditenggelamkan dalam banjir besar akibat mengingkari seruan nabi mereka


Biarlah kita menjadi UMMAT MUHAMMAD yang berpegang teguh dengan peninggalan agung junjungan kita, iaitu AL-QURAN DAN AS-S
UNNAH. Semoga kita akan sentiasa berada pada jalan yang benar.


Firman Allah dalam Surah Hud ayat 112-113

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepada kamu dan orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalimyang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"




Apa yang penting, sama-samalah kita mencari kebenaran dan menyeru orang di sekeliling kita ke arah kebenaran. Semoga dengan kekuatan aqidah, dan kesatuan fikrah kita dapat mengukuhkan lagi jambatan kita ke arah khilafah Islamiah...

ISLAM FOR ALL......

"Islam itu yang tertinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi darinya"

fastbiqul khairat.

Jumaat, 4 September 2009

TaG

bismillahirrahmanirrahim..

post kali ni merupakan TAG daripada che-ah a.k.a. miss gaza... (makasih ler che-ah, 'susah2' jer menTAG ana..)

and according to the instructions, i'm gonna have to choose another 'chosen' 10 to be tagged.. so, the 'chosen 10', please be alert. :)

apa pun, hope to get benefit from it, insya allah....



1. Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengapa. Mudah dan menjimatkan masa. Harapnya begitu..


2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? Lagi bagus. Kalau nak bagi semua? Amat digalakkan.

.

Okey. those are the chosen 10 from me....

adek aishah jauhara

angah asma'

k.adah

dek bah

achik et

keynah

sarah sakinah

arifah

syazlin aiza

k.fatin


~ Sapa2 yang sudi ambil tag ni untuk disebar- sebarkan pada umat ISLAM lain keseluruhannya.., tafaddholi...


3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara.. Jadi sebar2knlah ya...


4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang ja.. Lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? Zoomla..


kalau tak nampak juga, biar ana bacakan...

"AMAL ISLAM 100%"

"perjalanan itu memang memenatkan"

sama-samalah kita usahakan ya.
islam itu syumul, islam itu waqi'iyah,
tiada alasan untuk kita tak nak mengamalkannya..
apa jua yang kita lakukan, biarlah bertepatan dengan islam..


Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 208 yang bermaksud:

"wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam agama islam secara seluruhnya, dan janganlah kamu mengikut langkah syaitan, sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata"

FirmanNya lagi dalam surah yang ali imra ayat 85 yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh Allah dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak..”


Biarpun kekadang kita terasa penat, ingatlah, ia cuma sementara.

TIRESOME IS TEMPORARY, PAHALA IS ETERNITY

(pnjm ayat dr anas)

and, why not we take Rasulullah as the role model; that to be a grateful slave for the uncounted gifts we had through our life.....

FASTABIQUL KHAIRAT