
.
Isnin, 30 November 2009
::KORBAN CINTA::

Selasa, 17 November 2009
Siapa pemimpin pilihan anda?
Apa itu kepemimpinan? Kepemimpinan adalah ciri-ciri atau kebolehan untuk menginspirasi atau mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang tertentu. ‘Orang lain’ itu samada orang bawahan dalam organisasi, ataupun mungkin orang awam diluar organisasi.
Dalam Islam, matlamat seorang pemimpin itu mestilah bertepatan dengan al Quran dan as Sunnah. Sayyidina Umar RA pernah berkata, “Taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, sebaliknya sanggahilah aku jika kamu mendapati aku menyanggahi Allah dan Rasul-Nya…”
CIRI-CIRI TERAS KEPIMPINAN PADA TAKRIFAN ISLAM
Secara umumnya, pemilihan yang amanah akan menilai 2 ciri asas yang mesti ada pada tokoh yang bakal dipilih iaitu al-Quwwah dan al-Amanah. Firman Allah SWT;
“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja (memimpin) adalah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai).
(al-Qasas: 26)
Ciri-ciri al-Quwwah merujuk kepada bidang tugas yang diberikan. Contoh: Di dalam bidang organisasi menuntut kepada kemahiran mengurus, mengarah dan mentadbir dengan baik. Manakala dalam bidang kehakiman, al-Quwwah merujuk kepada pengetahuan dalam hal hokum-hakam dan adil.
Manakala amanah pula merujuk kepada 3 perkara utama iaitu:
- Takutkan Allah SWT.
- Tidak menjual ayat-ayat Allah demi mendapatkan habuan dunia.
- Tidak takutkan manusia.
Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.”
KEPERLUAN UTAMA MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK
a) Sikap yang positif:
Sikap merupakan penentu kejayaan atau kegagalan sesuatu perkara. Ramai pelajar-pelajar yang ponteng kelas adalah kerana malas dan alasan-alasan yang dicipta. Sebenarnya, alasan-alasan itu adalah hasil daripada sikap yang negatif dan suka berdalih. Begitu juga dalam melahirkan pemimpin yang baik. Sikap-sikap positif mesti diperkuatkan untuk melahirkan ciri-ciri yang diperlukan; amanah, bertanggungjawab, rajin, prihatin, jujur, progresif, dan optimis. Kerana itu Rasulullah SAW pernah memberitahu bahwa dalam tubuh manusia terdapat seketul darah, jika baik darah tersebut, maka baiklah seluruh badan, sebaliknya jika buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh badan, dan daging tersebut ialah hati. Dalam konteks ini, hati boleh dianggap sebagai elemen yang menentukan sikap seseorang.
b) Ilmu dan pengetahuan yang luas:
Ciri ini adalah penting untuk melahirkan seorang pemimpin yang bermaklumat, berpandangan jauh, bijak, dinamik, kreatif, dan tidak putus akal. Sebagai muslim, kita mesti mempunyai beberapa ilmu utama; ilmu aqidah, tasawwur Islam yang sebenar, memahami al Quran dan as Sunnah, dan mengetahui beberapa asas dalam ilmu usul fiqh. Untuk menjadi seorang yang berilmu, anda mesti menuntut ilmu dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Tetapi ia belum menjamin bahawa anda boleh menjadi seorang yang bermaklumat. Untuk memiliki maklumat, anda mestilah mempunyai sikap inquiry, iaitu perasaan ingin tahu terhadapa apa yang berlakui di sekeliling. Ia memerlukan pembacaaan luas dan saluran media massa yang cepat dan tepat. Maklumat seperti ini akan banyak membantu anda dalam membuat keputusan dalam memimpin.
c) Kemahiran memimpin:
“If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing.” – Benjamin Franklin (1706-1790)
Kita boleh bersetuju atau menolak idea dan pemikiran seorang pemimpin. Tetapi pemimpin yang tidak mempunyai sebarang pemikiran dan idea, harus awal-awal lagi ditolak. Pemimpin tanpa idea, memimpin ke arah binasa dan memimpin sebagai boneka.
Mangsanya kita, rakyat jelata. Dari marhaen hingga pakar yang tiada harga.
Sheikh Mohammad al-Maktoum, seorang pemerintah Dubai dalam bukunya Ru’yati: al-Tahaddiyyaat fee Sibaaq al-Tamayyuz, menulis :
“Setiap pagi, si rusa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan dibaham singa jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.
Setiap pagi juga, si singa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan kehilangan rusa dan mati kelaparan, jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.
Sama ada kamu rusa atau singa, itu tidak penting. Apa yang utama ialah kamu harus segera berlari dan terus berlari lebih pantas dari sainganmu… untuk mencipta kejayaan. Itulah falsafah saya, dalam membangunkan Dubai…”[terjemahan bebas oleh saifulislam.com]
Ahad, 1 November 2009
halalan thoiyiban
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
alhamdulillah..
selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w.
Jika ingin berbicara mengenai halal dan haram terutamanya bab makanan, banyak sangat pesanan yang ditinggalkan untuk kita sebagai pedoman..
Cumanya terletak pada kita untuk cakne atau tidak..
Firman Allah Ta'ala :
"Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)
Daripada Abu Abdullah an-Nu'maan bin BAsyir r.a. katanya : "aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yng haram itupun jelas dn di antara keduanya terdapat perkara syubhah yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. barangsiapa yang menjaga dari perkara syubhah maka dia telah menjaga agamanya dan maruah dirinya. maka barang siapa yang jatuh ke perkara syubhah maka dia telah jatuh ke perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di ekelilling kawasan larangan dibimbangi dia akan menceroboh ke dalamnya. ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan, dan sesungguhnya sempadan bagi Allah adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yag apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. ketahuilah, ia adalah hati.
(hadis riwayat al-imam al-bukhari dan muslim)
Sekadar pengalaman yang ingin ana kongsikan. sepanjang hidup selama lebih kurang 19 tahun 1 bulan ni, ana dapat rasakan betapa pemakanan itu mempengaruhi pelbagai aspek diri.

Dulu, waktu taski dan sekolah rendah , waktu masih hidup dengan mama dan abah, di bawah penjagaan rapi mereka, makanan ana cukup terjaga.
Asam, jeruk, yang biasanya, yang menjadi kesukaan kanak-kanak terutamanya, memang tak pernah ana diajar makan. Dan hasilnya sampai sekarang ana tak makan, alhamdulillah.
Jajan / chikedi / makanan ringan yg seangkatan juga sangat jarang ana makan semasa sekolah rendah. Cuma sesekali makan kalau dipelawa kawan-kawan.
Tapi bila dah masuk sekolah menengah sehingga sekarang, apabila waktu mula lebih banyak terisi dengan kawan-kawan, makanan pun dah mula tak terjaga. Dah mula beli keropok-keropok dan makanan-makanan ringan yang lain.
Dan apa yang dapat ana lihat, semakin umur meningkat, otak macam semakin lesu.
Kalau waktu taski dan sekolah rendah, tiap2 tahun naik pentas, bila dah masuk sekolah menengah, bila dah nak tamat pengajian baru ada peluang naik pentas..
Pergi kelas pun dah mula mengantuk-mengantuk, tersengguk-sengguk.
Memang tak dinafikan, suasana di sekolah rendah, sek menangah dan universiti sangat berbeza. Saingan yang sengit, semakin banyak benda nak fikir, tapi ana sangat merasakan bahawa pemakanan yang ana ambil sekarang berbanding waktu dulu sangat mempengaruhi.
Thoiyyiban itu sudah menjadi satu hal.
Masalah yang lebih teruk sekarang, masih ramai masyarakat yang mengambil ringan bab HALAL. kalau nak dilihat sekarang, memang sangat banyak produk2 makanan terutamanya di pasaran yang jika kita teliti sangat banyak yang yang boleh diragui dan dipertikaikan keHALALannya.
pernah dulu waktu sekolah, ada sebuah restoran makanan K.. (ala-ala KFC) berhampiran. Ana memang yakin dari awal, restoran tu milik org Cina bukan muslim. Jadi memang dari awal ana memang tak berani nak makan makanan dari situ.
Yang sedih dan kecewanya, ramai sahabat-sahabat ana yang still yakin untuk makan di situ walaupun ana pernah beberapa kali menimbulkan keraguan kepada mereka akan kehalalan makanan kat situ. alasan mereka, org melayu islam yang jaga kaunter..
Ya inilah kita, sentiasa mencari jalan untuk membolehkan kehendak kita dipenuhi walaupun kadang-kadang perkara itu masih samar-samar di sisi islam.
Tak perlulah ana sebutkan produk-produk lain, banyak sangat...
Yang penting, sekurang-kurangnya, carilah produk-produk yang mempunyai cop HALAL yang dipercayai. Dan sebaik-baiknya carilah produk-produk buatan Muslim...
**jom baca :
elehyakin-sgt-la-dgn-halal-dy-tu
bahan-bahan-haram-syubhah-dalam-makanan.html



