.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Jumaat, 5 Jun 2009

BAKPO MESIR?

bismillahirrahmanirrahim. segala puji dan syukur pada Dia pemilik segala sifat yang sempurna, selawat dan salam buat rasul junjungan..

BAKPO MESIR? bakpo pelik benor bunyinye tajuk ni. :) sebenarnya, ana nak kongsi lah sedikit sebanyak kelebihan Mesir ni, setakat yang ana dapat daripada Ustaz Samir waktu kelas arab tadi.
sebabnya, ana rasa penting untuk ana kongsi benda ni, especially bagi mereka yang nak melanjutkan pelajaran ke timur tengah.

kalau nak tengok sekarang, "apa yang ana nampak" (tak tahulah kalau salah), dah semakin sikit orang yang betul-betul cintakan ilmu ni, pilih mesir sebagai destinasi kembara ilmiah mereka. "Mungkin" sekadar mungkin, mereka melihatkan sistem di Azhar yang mungkin tak sesistematik dengan sistem di universiti di Jordan dan Moroccow misalnya. mungkin ada yang melihat suasana kehidupan seharian yang kedengarannya seperti "sedikit dhoif" berbanding hidup di negara-negara lain.
apa pun, ana tak kata semua berfikiran demikian. mungkin sebahagian sahaja. apa pun, insya allah, allah dah tetapkan yang terbaik buat kita.



baiklah, kembali kepada tajuk asal.. apa sebenarnya kelebihan mesir ni?
SEBENARNYA, MESIR NI ADA SATU SIFAT YANG TAK ADA PADA NEGARA-NEGARA ATAU TEMPAT-TEMPAT LAIN.

Kalau kita berbalik kepada sejarah, pada 656 H / 1258 M, Tatar dan Maghul telah bergerak daripada hujung China dan membunuh muslimin yang ada. daripada satu wilayah ke satu wilayah, para ilmuan yang ada bergerak dari Asia ke arah Afrika. sehinggalah sampai ke Baghdad, di mana mereka telah membakar perpusatakaan yang menyimpan pelbagai khazanah ilmu. walaubagaimanapun, khazanah ilmu itu tidak terputus begitu sahaja, apabila para ulama' membawa diri ke Mesir, kawasan yang paling hujung Afrika.

begitu juga yang berlaku di sebelah Eropah, apabila Masihiyyin melakuakan pembunuhan muslimin, menyebabkan para ulama' dari Eropah turut mebawa diri ke Mesir di mana di situ satu-satunya berbaki tempat yang selamat.

Di sini berlakulah perkumpulan secara tidak sengaja para ulama' dari penjuru-penjuru yang berbeza yang mempunyai fikrah masing-masing bersesuaian dengan asal mereka. akan tetapi, perbezaan pendapt mereka pada perkara-perkara furu' ini tidak sesekali membawa kepada perpecahan. akan tetapi memberi faedah yang amat besar!

di sinilah tertubuhnya Azhar. di mana menjadi pusat pengumpulan seluruh mazhab Shafie, Maliki, Hanafi, Hambali. semuanya bernaung di bawah satu bumbung tanpa sebarang pergolakan.

istimewanya Azhar,

1. BUKANLAH DIA MENJADI PUSAT MENGUMPUL ILMU, AKAN TETAPI, ILMU ITU YANG DATANG DARI SETIAP PENJURU UNTUK BERNAUNG DI BAWAHNYA.

2. INSTITUSI YANG TERBUKA. SELAGI MANA ADA DALIL YANG SOHIH, TIADA SIAPA YANG LEBIH BENAR ATAU TIADA SIAPA YANG SALAH.




cubalah cari, di mana lagi tempat kat dunia ini yang begitu terbuka dalam melihat pandangan-pandangan yang berbeza-beza dalam islam.

mungkin setakat ini sahaja yang dapat ana kongsikan. antum/na bolehlah buat research lebih mendalam kalau nak tahu lebih lanjut, sebab ana pun bukan arif pun sebenarnya tentang fakta-fakta da sejarah ni. apa pun , moga kita beroleh manfaat daripadanya.

dan yang paling penting, di mana pun kita, berusahalah kita untuk mengutip setiap mutiara-mutiara ilmu yang ada.... wallahua'lam.

FASTABIQUL KHAIRAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan