bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah..
dengan izin allah, kita sudah masuk ke fasa kedua, fasa maghfirah bulan mulia ini.
bagaimana dengan fasa pertama, fasa rahmah kita?
sudah kita penuhi dengan pesta ibadah atau masih terkinja-kinja dengan pesta juadah?
tak salah nak masak special-special (ana pun ifthor satey ayam home made hri ni), tapi biarlah berpada-pada dan tidak menganggu waktu kita untuk merebut kesempatan beribadah dalam bulan mulia ini....

ana tak bercadang nak tulis tentng madrasah ramadhan secara totalnya. sebab dh byk penulisan mengenainya. dan rasa tak layak juga nak tulis. sebab ibadah ana pun terkinja-kinja lagi...
cumanya nak kongsilah sedikit sebanyak 'benda-benda ringan'. moga memberi manfaat bersama...
cumanya nak kongsilah sedikit sebanyak 'benda-benda ringan'. moga memberi manfaat bersama...
HOT...
ni tentang radio hot.fm. waktu ana ambil lesen kereta baru-baru ni, selalulah dengar siaran hot.fm dalam kereta pak cik yang ngajar kereta tu.
kadang-kadang ana jadi nak tergelak dengan 'pengisian-pengisian' dalam siaran radio tersebut.
yang paling ana ingat, ada satu iklan yang mana ana hampir-hampir tertipu!
ana tak ingat dialog dari awal, ingat nak dekat-dekat akhir ja. bunyinya lebih kurang begini.....
SUARA A : ish... agak-agak bila kita nak 'dilepaskan' ye? tak sabar dah ni!
SUARA B : kalau tak salah aku, 20 ogos ni, pada Hari Raya Aidilfitri ni kita akan dilepaskan! hahaha
lebih kurang gitulah petikan dialog yang ana ingat..
kalau andalah.. apa kesimpulan yang anda dapat buat daripada dialog ini??

sebaik saja dengar dialog ni, ana terus kata dalam hati, "ni dialog syaitan ni. bagus juga ada unsur dakwah juga hot.fm ni.."
tapi anda tahu apa sebenarnya.....??
yang nak 'dilepaskan' sebenarnya itu adalah berkenaan FILEM terbaru yang akan dilepaskan ke pawagam!! (ana tak ingat tajuk dia apa)
astaghfirullah 'azim.....
sepatutnya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi mereka yg berjaya mendidik nafsu selari dengan tuntutan puasa iaitu takwa.
tapi, kita seolah-olah hendak menyambut kemenangan 'mereka' ya'ni syaitan-syaitan yang merdeka setelah dibelenggu selama sebulan........
Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 42;
" dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan jangan kamu menyembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahuinya"
**syukran kepada 'hamba Allah' atas teguran buat hamba yang penuh kejahilan ini..
wallahua'lam..
FASTABIQUL KHAIRAT