.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Rabu, 21 April 2010

::what do we care?::



bismilahiwalhamdulillah
selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad s.a.w.

alhamdulillah...
setelah sekian lama tak ter'update' blog ini atas kesibukan yang diadakan-adakan. :)

untuk post kali ini, suka ana berkongsi sebuah cerita yang berlaku antara Luqman al-Hakim, anak dan keldainya......

Alkisah dalam satu riwayat menceritakan bagaimana pada suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor Keldai, manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata, 'Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki Keldainya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari Keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas Keldai itu dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula, "Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki Keldai itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang Keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua orang itu menunggang seekor Keldai, alangkah siksanya Keldai itu membawa beban yang berganda."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari Keldai itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Ada Keldai tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,
"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

...............................................................................................................

Ya.
Rasanya, tak perlulah ana rungkaikan kembali pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah ini, sudah jelas lagi nyata melalui nasihat Luqman al-Hakim pada anaknya itu.

Cumanya, ana mengajak untuk sama-sama kita melihat bagaimana kita sekarang.
Tepuk thorax, tanya cardiac, tanya iman....

Setiap detik dalam hidup ini, sejauh mana kita meletakkan pandangan Allah pada tempat yang teratas. Dan mungkin kadang-kadang yang patut dipersoalkan, adakah pandangan Allah itu termasuk dalam perkiraan kita sebelum impulse-impulse sampai ke anggota-anggota kita, sebelum kita melakukan sesuatu?!

Kita sentiasa berusaha memelihara sesuatu yang tak mampu untuk memelihara kita
Sebaliknya, kita sering pula lupa untuk memelihara sesuatu yang bisa memelihara kita......

We always work hard, staying up day and night, studying, so that we may success in our exam, so that our parents gonna be happy and proud with us.

We never forget to wish "happy birthday" to our friends, so that they always know that we care for them.

We never forget to do so many things so that we satisfy those people around us, till that we forget to do so many thing that we should, for the sake of ourselves as THE SERVANT OF ALLAH.

......................................................................................................................................................................

Ramai antara kita, muda melatah, mudah naik marah, mudah terasa hati apabila kita berada di atas, dan orang di bawah tidak mematuhi arahan kita.

Tapi sedarkah kita, tatkala kita mudah-mudah melanggar larangan Allah, meninggalkan suruhanNya?

Sesungguhnya Allah sedikitpun tidak terkesan dengan amalan kita.
Namun kitalah sebenarnya yang bakal menanggung segalanya.........

.......................................................................................................................................................................

Seperti mana yang berlaku dalam kisah Luqman al-Hakim, begitu jugalah kita, takkan mampu untuk memuaskan hati semua manusia.

Berlapang dadalah pada orang sekeliling kita.
Terutamanya hidup dalam satu masyarakat, dalam satu organisasi.
Andai ada yang tidak kita persetujui, bukalah pintu perbincangan dengan cara yang baik.
Jangan sehingga kita menimbulkan perpecahan atas sesuatu yang kita tidak persetujui tanpa kita berusaha menilai keadaan sebenar.

........................................................................................................................................................................

Dari Abul ‘Abbas ‘Abdullah bin ‘Abbas ra ia mengatakan, “Pada suatu hari ak pernah dibonceng dibelakang Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, lalu beliau bersabda, “Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: ’Jagalah Allah, niscaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, maka engkau akan mendapati-Nya dihadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa seandainya suatu kaum berkumpul untuk memberi suatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yg telah ditetapkan Allah untukmu. Sebaliknya, jika mereka berkumpul untuk memberi suatu kemudharatan kepadamu, maka mereka tidak dapat memberi kemudharatan kepadamu kecuali dengan sesuatu yg telah Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.’” (HR. At-Tirmidzi, dan ia berkata,” Hadist ini hasan shahih).

1 ulasan:

  1. Salam ziarah.. Carilah redha manusia, dan anda akan gila, tapi carilah redha Allah, anda akan bahagia..

    Ps. Mustahil kita mendapat redha semua orang.. Pasti ada sahaja yang tidak berpuas hati walau dicuba apa jua cara..^^

    BalasPadam