.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Khamis, 18 Mac 2010

berjuang memang pahit....? maniskannya!

bismillahiwalhamdulillah...

selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.

Terkena rasanya atas diri apabila membaca post terbaru ditulis oleh sahabat ana (aaidah) waktu kat maahad. Tiba-tiba teringat pula kenangan tamrin kat maahad dulu. Bak kata k.madihah dalam blognya, "woo syadid woo tamrin maahadi..btl tak ? sapa yang ditamrin sekali taw la syadid tak syadid..tapi takpa..kebal sikit diri ni..xdala lembik sangat.." Tapi ana rasa, bukan kat maahad sahaja, dekat mana-mana pun, rasanya pembawakannya lebih kurang sama sahaja.

Bercakap mengenai tamrin, insya allah entry kali ini sekadar perkongsian berkenaan fenomona tamrin atau mungkin juga kadangkala lebih dikenali sebagai kem.

Post ini ana ambil ilham dari sebuah blog tapi dah banyak yang diedit supaya selari dengan pendapat ana yang dhoif ini.

Sekali lagi, ini sekadar perkongsian pendapat berdasarkan sedikit pemerhatian, pembacaan, dan pengalaman ana sendiri sama ada sebagai peserta mahupun sebagai fasilitator.

Mungkin ramai yang tak bersetuju. Apa pun, ana mengharapkan andai perkongsian ini ada relevannya, sama-samalah kita praktikkan, insya allah.


“Bila kita jadi fasilitator, bayangkan kalau kita jadi peserta”.


Dalam berprogram, matlamat khusus adalah memahamkan bukan membaham. Kita ingin menambah ilmu pengetahuan, penghayatan, pengamalan, maka letaklah prioriti itu pada tempatnya.

Maka, kekerasan ana kira bukanlah satu metod yang PALING berkesan seandainya ia berkesan sekalipun.


“Kita tak boleh terlalu lembut dengan diorang, cuba tegas sikit”

Mungkin ini adalah salah satu dialog antara para fasilitator program.

Soalnya di sini bukanlah kita terlalu lembut.

Andainya program ini mampu memberikan anjakan paradigma pada seseorang, kenapa tidak kita memberikan sepenuh perhatian dengan bijaksana memberikan mereka ruang?

Masing-masing inginkan semuanya ikut kehendak mereka.

Apabila disuruh senyum dan apabila perserta senyum seikhlas hati...

"apa senyum-senyum?! ingat program hari ni suka-suka? cuba serious sikit! ingat jalan berjuang ni boleh senyum sepanjang masa?"

Akhirnya peserta semakin takut dan tidak selesa.

Penumpuan yang sepatutnya kepada pengisian berubah ‘cuaca’ ke cepat balik rumah.


Mereka perlukan latihan, bukan seksaan!

Ketegasan itu memang perlu. Sangat perlu. Terutamanya dalam proses pentarbiyahan.

Cumanya, ketegasan dan kekerasan bukanlah sesuatu yang sinonim.

'Kegarangan' yang kadang-kadang ekspresinya lebih daripada yang berpadanya sahaja pada ana lebih banyak membawa kepada menghilangkan respect, menjurangkan kasih sayang, dan mungkin sekali bisa menimbulkan kebencian.


Mungkin pada fikiran logiknya, ia mampu mengawal keadaan atau memberi perintah tapi pada luarannya ia dipandang menunjukkan ego.


Imam Al-Ghazali pernah berpesan

“Marah mematikan kewarasan akal”


Mungkin benar, sebagai orang yang melaksanakan program kita dah banyak habiskan tambang, minyak, pelajaran dan sebagainya.

Peserta demikian juga. Sebagai fasilitator juga, kita sepatutnya menghormati mereka kerana mereka yang juga berkorban untuk datang berprogram.

Memberi keselesaan adalah satu penghormatan

Memberi tunjuk ajar adalah satu penghormatan

Menegur dengan baik juga adalah satu penghormatan

Kita akan dihormati andai kita menghormati.


PERUBAHAN....

Perubahan memakan masa. Ibarat sebuah jam. Sekiranya diteliti jarum pendek, tidak bergerak-gerak. Tetapi, setelah dilihat sejam selepasnya, jarum jam telah berubah kedudukan.

Perubahan tidak berlaku dalam kadar yang cepat.

Kita kadang-kadang begitu ghairah menginginkan perubahan.

Kadang-kadang memberi kayu ukur, dengan membuat peserta menangis, kita berjaya mengubah mereka. Walhal sesi muhasabah demikian adalah permainan emosi. Kita mungkin mengetuk pintu perubahan, tetapi belum tentu mereka akan masuk ke pintu tersebut.

Fasilitator bukanlah seorang changing factor tetapi solution-oriented.

Ingatlah,

Rasulullah sering kali membuka minda para sahabat dengan keindahan syurga dan amalan yang boleh sampai ke arahnya, nikmatnya, damainya, sentosanya keadaannya. Oleh sebab demikianlah sahabat-sahabat berlumba-lumba membuat demikian.

Lain pula halnya dengan gambaran neraka.

Barangsiapa yang inginkan maksiat dan dosa, maka di situlah Rasulullah menerangkan bahayanya api neraka, azabnya, seksaannya dan sebagainya. Kerana ini, sahabat pun menjauhi maksiat kerana takut pada seksaan Allah.

Sekiranya matlamat adalah perkaderan dakwah, maka sepatutnya diselitkan keindahan berjuang, kemanisan ukhwah, dalam masa yang sama input-input ilmu begitu senang meresap di dalam dada.

Bagi ana, mungkin perkara yang dianggap sebeginilah yang menjadi kita sering hilang kekuatan. Ramai yang futhur di pertengahan kerana kemanisan perjuangan yang sepatutnya dirasakan sepanjang jalan berjuang sama ada dalam susah ataupun senang, sebaliknya sentiasa dipenuhi dengan kepahitan yang berpanjangan sama ada dalam senang atau susah, kerana dari awal lagi kita sudah dimindsetkan, perjuangan itu memang pahit!

Wallahua'lam....

8 ulasan:

  1. betul tu.. setuju ngan doktor. kadang2 buat muhasabah bg budak2 nangis sampai pagi pastu esoknya fc2 pakat subuh gajah sbb tak tidor malam. moga2 tamrin bukan skadar tamrin utk peserta bahkan utk para fc dan koordinator gak

    BalasPadam
  2. assalamua'laikum...amat menarik post kali ini. bkn pada tajuknya saja.tp pada ulasan yg diberikan...
    ana juga bersetuju.kadang2 manusia terlalu ghairah inginkan perubahan dr org lain.tp tnpa disedari terlupa akan sebuah kasih sayang...hingga blh menimbulkan dendam dalam hati.lembut dalam ketegasan dan tegas dalam kelembutan sama maksud x?

    BalasPadam
  3. to Tanpa Nama: =) (tinggalkan lah nama..) hakikatnya, hidup ini islah nafsak wad'u ghairak...

    to sahabat : (sahabat hok mana nih?)
    waalaikumussalam. ana sbnrnya ingtkan diri ana. tringat ana yg pernah punya sedikit pengalaman apabila mntamrinkan org lain, ana trlupa yg diri ini juga sebenarnya dalam proses pentamrinan. kdg2, marah ats nafsu itu melebihi marah atas rasa sayang pada saudara semuslim...

    dan seperti yg 'sahabat' katakan, dendam itu yg mngkin tmbul instead of kesedaran dn keinsafan yg cuba ditanam atas dasar salah rentak lagunya..

    apa pun, ana tak mengatakan tarbiyah itu boleh bermanja-manja, cuba tarbiyah itu dalam KASIH SAYANG... kasih-sayang bukan hanya terhasil dengan kemanjaan, sebaliknya juga dengan kehormatan, ketegasan, kelembutan, kecaknaan, ketolakansuran,.....

    lembut dlm ketegasan, tegas dalam kelembutan..

    i'll take time to answer it, insya allah..

    got respi to study on!

    BalasPadam
  4. assalamu'alaikum... post yg menarik... rasa mcm nak berdiskusi. ana x kata ana x setuju. pada pandangan ana sendiri, perlu melihat pada situasi @ kondisi peserta. ana rasa dr.amirah ada lagi pandangan yg nak dikongsi. dan terasa ingin tahu pandangan dr.amirah tentang hal ni. mungkin dr amirah boleh emelkan dekat ana (zul_hafiz_90@yahoo.com.my)... mungkin perkongsian yg dilakukan bakal memberi satu bentuk perubahan, insya Allah

    BalasPadam
  5. Assalaamu a'laykum
    boleh keras, cam bro doc kita ulas biar bertempat. kalau kem tamriniy kena ada keras,tapi sistematik, ikut fitrah la. bukan keras kes nak masuk askar pung, tapi keras supaya peserta bertindak dgn hikmah sharia'h hasil pemahaman yg ditamrin fesi. camne sistem dia? lu pk lah sdirik..cam nabel oyak ((:
    al the best doctor

    BalasPadam
  6. Respect needs to be earned, it could never be forced..

    BalasPadam
  7. Bismillahirrahmanirrahim..

    Maaf atas kelewatan ana membalas komen-komen buah tangan daripada para penziarah yag sudi menjenguk laman usang ana ini.
    Apa pun sekali lagi ana tekankan, ini adalah pandangan peribadi ana yang sangat-sangat sedikit ilmu dan pengalaman untuk berbicara tentang hal ini sebenarnya.

    Baiklah, suka untuk ana menjawab persoalan dari sudut ana sebagai yang mentarbiyah dan yang ditarbiyah.

    Pertama, ana mulakan dari sudut yang lebih sedikit pengalamannya sepanjang hidup ana. Jikalau ana lihat dari sudut ana sebagai yang mentarbiyah, banyak persediaan sebenarnya yang perlu ada, terutamanya apabila pendekatan yang syadid digunakan. Setakat pengalaman yang ana pernah ada, dan apabila ana renungkan kembali, apa sebab apabila ana cuba mentarbiyah adik-adik di maahad dulu misalnya, kesannya, sangat susah untuk dicari. (Bukanlah mengharapkan hasil, hidayah itu milik Allah, namun, sekurang-kurangnya, ingin melihat sejauh mana wasilah yang digunakan dapat , member kesan). Maka di sini ana temui beberapa kelemahan yang mungkin turut ada pada para dai’e di luar sana;

    1. Niat
    -ini adalah point yang paling penting.
    -pada sesetengah situasi, para dai’e tidak benar-benar meletakkan niat dalam mentarbiyah ini kerana Allah. Kerana untuk sama-sama membawa sahabat-sahabat yang lain ini untuk sama-sama punya penghayatan sebagai seorang muslim yang sebenar, punya kesedaran sebagai seorang dai’e.
    -sebaliknya, ada yang tatkala masuk ke dalam program misalnya, hanya memikirkan, tanggungjawab sebagai KD atau fasi dalam program semata-mata
    -dan mungkin ada kalanya juga apabila para dai’e sendiri tidak bentul-betul mempunyai kefahaman tentang peranan dakwah ini, pentarbiyahan ini dianggap sebagai satu ‘tradisi’ misalnya dalam program. Maka pelaksanaan yang dilakaukan pula pasti tidak lain sekadar melaksanakan ‘tradisi’

    2. Terlalu mengharapkan pada perubahan dalam kadar masa yang cepat
    3. Tidak menyelami situasi sahabat-sahabat yang cuba ditarbiyah

    Pokonya di sini, para dai’e sendiri perlu wujud dalam dirinya FAHAM.
    Maka di situ, apabila kefahaman itu wujud maka insya allah, dia bisa menyesuaikan pendekatan sama ada syadid atau sebaliknya mengikut situasi dengan baik.

    BalasPadam
  8. Kedua, dari sudut sebagai yang ditarbiyah pula. Dari diri ana sendiri, bukanlah setiap kali menerima tarbiyah syadid itu ana tak dapat terima. Tetapi apa syadid yang digunakan bagi ana, kurang kena pada tempatnya.

    1. Misalnya dalam program, demi menimbulakan suasana yang ‘penuh disiplin’ sesuatu yang sepatutnya boleh ditegur dengan cara yang lebih baik teguran dengan cara yang lebih kasar tetap menjadi pilihan. Ana tak katakan marah tak boleh, tapi ada tempatnya. Andai peserta tak menepati waktu (provided that the times given is reasonable), tak laksanakan amanah yang diberi sepanjang program, pasti perlu ada ketegasan di situ. Tapi andainya misal kata, peserta lambat kerana kecemasan di tandas, dan sebagainya (yang tak dapat diingatai apabila berada di luar situasi sebenar), dan terus, dimarahi tanpa ada ‘empathy’, pada ana, ini tak sepatutnya belaku. Wallahua’lam.

    2. Tarbiyahlah mengikut tahap mad’u. andai yang ditarbiyah adalah barisan pimpinan, tarbiyahlah seperti sedang mentarbiyah pemimpin. Andai yang ditarbiyah adalah mereka yang biasa-biasa, tarbiyahlah seperti mentarbiyah yang biasa-biasa. (maksud ana, pendekatan)
    ~ana ambil contoh, ketika di maahad, semasa program, para peserta adalah dari kalangan yang pelbagai. Ada yang memang sudah biasa ditarbiyah. Sudah benar-benar faham dengan perjuangan. Pendek kata, hidup seharian memang tak lari daripada ditarbiyah. Maka mereka ini, sudah tentu lebih terbuka hati untuk menerima sebarang pendekatan yang digunakan. Sementara di sana wujud juga peserta yang juga dalam kalangan yang mendapat tarbiyah, namun tidaklah seperti mana yang tadi. Maka situasi di sini mungkin nampak macam tiada perbezaan. Namun, apabila tahap KEFAHAMAN itu berbeza, maka pendekatan yang digunakan sepatutnya adalah berbeza~. (maaf andai sukar difahami.)

    Setakat ini sahaja yang mampu ana nukilkan buat masa ini.
    Apa pun, ini sekadar pandangan daripada hamba yang entah di mana tempatnya di sisi Allah untuk bercakap soal ini.

    Wallahua’lam.

    *sebarang respon amat dialu-alukan.
    *maaf membalas komen dengan panjang dalam ruangan ini, takut perkongsian melalui post baru kurang sesuai.

    BalasPadam