Alhamdulillahillazi an'ama 'alaina bini'matil iman wal islam wa hadana ila thoriqissalam
Wassholatu wassalamu 'ala habibina al musthofa sayyidina muhammad sollallahu 'alaihi wasallam..
Alhamdulillah.. ribuan syukur.. setelah hampir 2 minggu dilanda krisis ketandusan internet ( :b ), masih lagi allah memberi peluang untuk merasai 'nikmat' dan 'ujian' internet ini...
Untuk kali keduanya, aidiladha kali ni, masih di cairo.. (insya allah tahun depan kat syria pulak :D ) . Dan alhamdulillah, dapat peluang mencedok sedikit sebanyak mutiara ilmu bersama bakal-bakal peneraju "negara Islam Malaysia" yang mana ana suka nak kongsi sedikit bersama para pembaca sekalian....
KORBAN CINTA...

Sebelum pena dipanjangkan, jom pakat selami kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam surah as-Shoffat;
100. Ya tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk org-org yang soleh.
101. Maka kami beria dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.
102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama ibrahim, Ibraim berkata, "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu " Ia menjawab, " Hai bapaku, kerjakanlah apa yng diperintahkan kepadamu; insya allah, kamu akan mendapatiu termasuk orang-orang yang sabar:"
103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya (nyatalah kesabaran keduanya).
104. Dan Kami panggillah dia : Hai Ibrahim,
105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu" sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik.
106. "Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata."
107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
108. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian.
109. (iaitu) kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim
Subhanallah, kalau kita selami betul-betul kisah kedua anak-beranak ini, betapa hebatnya KORBAN CINTA yang mereka lakukan...
Nabi Ibrahim yang setelah sekian lama menantikan zuriat keturunan, dan apabila Allah mengurniakan Nabi Ismail a.s., Allah lantas menguji lagi akan keteguhan iman nabinya. Bayangkan kita, dalam pada baru menikmati kehidupan bersama satu-satunya anak tercinta, dipisahkan buat selama-lamanya.... Sanggupkah kita.?
Namun, inilah yang dikatakan KORBAN CINTA. Apabila cinta Allah, cinta Rabb, satu-satunya cinta yang dapat membawa kepada kebahagiaan di akhirat kelak mengatasi segala cinta makhluk.....
Namun kita kini..
Di akhir zaman ini, semakin tenggelam dengan buih-buih cinta makhluk....
KORBAN CINTA kita bukanlah sebagaimana korban Habil,
akan tetapi, KORBAN CINTA kita adalah korban Qabil...
Apabila cinta yang terbina atas dasar nafsu
Tanpa bentengan iman dan taqwa
Diiringi rasa malu yang semakin lesu
Terus hanyut dalam mainan jiwa.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan