.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Selasa, 17 November 2009

Siapa pemimpin pilihan anda?

Amalina : Eh, ko rasa, utk pilihan raya akan datang ni sapa akan naik jadi pengerusi yek?

Iman : Ish, terlalu banyak kemungkinan. Ramai calon yang semua best2..

Iylia : Hem, kalau abg din, ada kemungkinan juga. Sebab populariti dia tinggi. Dia kan macam'abang' student2 medic alex ni.

Amalina : Hem, Btul gak. Tapi kalau naik muka baru pun ok. Sian abg din, cam slalu bz jer. Bagi org lain rasa pulak. Lagipun, klu abg din x jdi pengerusi dah, dia still bleh jdi 'abg' kita. Hehe.

Iylia : Abg maro cane. Cam ok gak?

Suzi : ok, tapi abg maro kan dah x bleh.. Apa kata abg rahim?

Iman : Abg rahim hok mna satu?

Suzi : Alah, bendahari PCI. X kenai ka?

Amalina : Aa, cam ok gak. Dia dulu fasi BOOM aku. mantop2..

Iylia : hem.......

** dialog di atas adalah yang direka semata-mata tidak ada kena mengena antara yang hidup mahupun mata. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata.


NAK PILIH SAPA?

Mesyuarat Agung PCI telah ditetapkan pada 1 Januari 2010..
Apakah agenda yang bakal dibangkitkan?
Siapakah yang bakal naik sebagai AJKT untuk sesi baru ini?
....... Nantikan...........

Siapa pun pilihan anda, itu di tangan anda.
Cuma sedikit yang ana nak kongsi supaya sama-sama kita dapat panduan untuk pilih pemimpin kita nanti.... Insya allah...


MUQADDIMAH

Apa itu kepemimpinan? Kepemimpinan adalah ciri-ciri atau kebolehan untuk menginspirasi atau mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang tertentu. ‘Orang lain’ itu samada orang bawahan dalam organisasi, ataupun mungkin orang awam diluar organisasi.

Dalam Islam, matlamat seorang pemimpin itu mestilah bertepatan dengan al Quran dan as Sunnah. Sayyidina Umar RA pernah berkata, “Taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, sebaliknya sanggahilah aku jika kamu mendapati aku menyanggahi Allah dan Rasul-Nya…”


CIRI-CIRI TERAS KEPIMPINAN PADA TAKRIFAN ISLAM

Secara umumnya, pemilihan yang amanah akan menilai 2 ciri asas yang mesti ada pada tokoh yang bakal dipilih iaitu al-Quwwah dan al-Amanah. Firman Allah SWT;

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja (memimpin) adalah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai).

(al-Qasas: 26)

Maka dengan tugasan yang diberikan kepada seseorang wajar dilihat pada 2 ciri utama yang disebut di dalam nas tersebut. Ini adalah seperti yang dijelaskan oleh Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah di dalam as-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islahur Ra’I war Ra’iyyah iaitu:


1. al-Quwwah : Kekuatan dan kemampuan.

Ciri-ciri al-Quwwah merujuk kepada bidang tugas yang diberikan. Contoh: Di dalam bidang organisasi menuntut kepada kemahiran mengurus, mengarah dan mentadbir dengan baik. Manakala dalam bidang kehakiman, al-Quwwah merujuk kepada pengetahuan dalam hal hokum-hakam dan adil.

2. al-Amanah : Dipercayai

Manakala amanah pula merujuk kepada 3 perkara utama iaitu:

- Takutkan Allah SWT.

- Tidak menjual ayat-ayat Allah demi mendapatkan habuan dunia.

- Tidak takutkan manusia.

Sabda Rasulullah SAW:

“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.”

(Riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, al-Imam Nawawi, juz 12 ms. 414 hadith ke-4696, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut)


KEPERLUAN UTAMA MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK


a) Sikap yang positif:

Sikap merupakan penentu kejayaan atau kegagalan sesuatu perkara. Ramai pelajar-pelajar yang ponteng kelas adalah kerana malas dan alasan-alasan yang dicipta. Sebenarnya, alasan-alasan itu adalah hasil daripada sikap yang negatif dan suka berdalih. Begitu juga dalam melahirkan pemimpin yang baik. Sikap-sikap positif mesti diperkuatkan untuk melahirkan ciri-ciri yang diperlukan; amanah, bertanggungjawab, rajin, prihatin, jujur, progresif, dan optimis. Kerana itu Rasulullah SAW pernah memberitahu bahwa dalam tubuh manusia terdapat seketul darah, jika baik darah tersebut, maka baiklah seluruh badan, sebaliknya jika buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh badan, dan daging tersebut ialah hati. Dalam konteks ini, hati boleh dianggap sebagai elemen yang menentukan sikap seseorang.

b) Ilmu dan pengetahuan yang luas:

Ciri ini adalah penting untuk melahirkan seorang pemimpin yang bermaklumat, berpandangan jauh, bijak, dinamik, kreatif, dan tidak putus akal. Sebagai muslim, kita mesti mempunyai beberapa ilmu utama; ilmu aqidah, tasawwur Islam yang sebenar, memahami al Quran dan as Sunnah, dan mengetahui beberapa asas dalam ilmu usul fiqh. Untuk menjadi seorang yang berilmu, anda mesti menuntut ilmu dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Tetapi ia belum menjamin bahawa anda boleh menjadi seorang yang bermaklumat. Untuk memiliki maklumat, anda mestilah mempunyai sikap inquiry, iaitu perasaan ingin tahu terhadapa apa yang berlakui di sekeliling. Ia memerlukan pembacaaan luas dan saluran media massa yang cepat dan tepat. Maklumat seperti ini akan banyak membantu anda dalam membuat keputusan dalam memimpin.

c) Kemahiran memimpin:

Ia adalah pengetahuan khusus yang mesti dimiliki oleh pemimpin yang berkarisma. Jika anda ingin menjadi seorang penukang kayu, anda mesti mahir menggergaji, memahat, menukul, mengasah, mengukur dan memaku. Begitu juga dengan pemimpin. Ada beberapa kemahiran yang mesti dimiliki jika anda ingin menjadi pemimpin yang berkesan dan berkarisma. Antaranya ialah kemahiran berfikir, kemahiran berucap, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus, kemahiran interpersonal, dan kemahiran personality. Insya Allah jika diberi peluang, saya akan menjelaskan tips-tips asas kemahiran tersebut


Pemimpin harus memimpin dengan pemikirannya yang berbaloi dibaca dan dikaji. Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa massa.

“If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing.” – Benjamin Franklin (1706-1790)

Kita boleh bersetuju atau menolak idea dan pemikiran seorang pemimpin. Tetapi pemimpin yang tidak mempunyai sebarang pemikiran dan idea, harus awal-awal lagi ditolak. Pemimpin tanpa idea, memimpin ke arah binasa dan memimpin sebagai boneka.

Mangsanya kita, rakyat jelata. Dari marhaen hingga pakar yang tiada harga.

Sheikh Mohammad al-Maktoum, seorang pemerintah Dubai dalam bukunya Ru’yati: al-Tahaddiyyaat fee Sibaaq al-Tamayyuz, menulis :

“Setiap pagi, si rusa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan dibaham singa jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.


Setiap pagi juga, si singa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan kehilangan rusa dan mati kelaparan, jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.


Sama ada kamu rusa atau singa, itu tidak penting. Apa yang utama ialah kamu harus segera berlari dan terus berlari lebih pantas dari sainganmu… untuk mencipta kejayaan. Itulah falsafah saya, dalam membangunkan Dubai…”[terjemahan bebas oleh saifulislam.com]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan