.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Rabu, 6 Mei 2009

MOGA JALANKU DIREDHAI.. (P1)

"Assalamualaikum, amirah, awak tau dak lagi?" kedengaran suara izzah di corong telefon.
"tau apa? tak tau pa pa pon"
"hem, tahniah, awak dapat dq.." macam biasa, izzah bersemangat mmberitahu berita gembira tersebut.
" oo.. ok, thanx inform, sapa lagi dapat?"
"em, mizah rahman, mizah fuzi, atiqah, amanina, et, mun, wani,...."
"oo. ok, tima kaseh lagi sekali.. "
hem.. berita yang gembira, tapi, ada masalah di sebalik yang menyebabkan hati resah..
tiba-tiba handset ana berbunyi lagi,
"assalamualaikum.. hem... dok buat kueh ghaya ka? boleh bawa bekal lah nanti.. tahniah, dapat dq!"
wah! cepat betul abah dapat information!
********************************************
"macam mana? nak p dak? xpa lah.. pikiaq lah elok-elok. apa pun, mama ngan abah rasa, benda tu tak jadi masalah... insya allah.. ok je...." mama ngan abah cuba bagi rangsangan untuk ana menyambut tawaran berharga tersebut.
tit, tit, tit
"assalamualaikum. amirah, akak, rasa, benda tu tak jadi masalah. insya allah, tu hanya wasilah untuk kamu mai sini. insya allah.. mailah.. akak-akak kat sini menanti kedatangan adik-adik.." mesej k.tasya ana baca satu-satu..
ya allah, tunjukkan aku jalan...
**************************************************
"dok elok-elok na.. ngapai quran elok-elok. ada apa-apa, bagitau, tak cukup duit ka.. "
"insya allah... , balik elok-elok... hehe",
macam biasa, lawak menjadi penyembunyi air mata.
***************************************************
MINGGU HALUAN SISWA

"Ok, kita tengok, ha, nampaknya ada yang sain dekat kotak poligami. sape ni? ********* hem, boleh minta ******** datang depan, kita tanya kenapa dia setuju dengan poligami.."
bermulalah sesi orentasi bersama-sama kakitangan darul quran.
pengalaman yang penuh pahit manis.

provokasi mati-matian
redah arus sungai yang amat laju.
panjat bukit (tinggi!)
hafaz quran sambil panjat bukit
dan macam-macam lagi...

yang pasti, semuanya untuk mendidik kami, mentarbiyah kami, erti hidup seorang huffaz. bukan mudah, namun bukan mustahil.......
.yang pasti, ia satu amanah yang bukan main-main.

************************************************
SYAKIRAH

"saya syakirah. asal terengganu. awak?"
"amirah. kedah."
bla2.............................................. bermulalah hidup bersama roomate baru ku.
syakirah namanya. sedap suaranya. waktu masuk dq, dah hafaz 15 juz. alhamdulillah. dulu imtiyaz. anak tunggal. baik. memahami. agak sensitif. mesra. walaupun belum betul memahami dia, ana sayang dia sebagai seorang sahabat...

***********************************************************************************

BERMULALAH KELAS

"assalamualaikum, insya allah, hari ni, kita mula ngan al-fatihah, hari ni antunna boleh hantar berapa yang ada dulu, ustaz tak kesah. tapi, lepas ni, insya allah, cuba dapatkan sekurang-kurangnya 1 maqra' setiap hari."

ya allah, berilah kami kekuatan...
************************************************

"insya allah, kita tutup liqa' kita dengan tasbih kafarah dan suratul 'asr"

"adik, kenape ni? ade masalah ke? ok ke? kalau ade ape-ape, cakaplah.. jangan simpan sorang-sorang.." tegur seorang akak.
alamak, malunye!

(nilah biah yang penting dalam menghafaz al-quran. saling support. )
em, takde ape-apelah kak... ok je, insya allah..."
takpe lah. pergi basuh muka. nanti kalau ada ape-ape, janganlah malu-malu nak kongsi ngan akak. ok, adik kena kuat tau, baru boleh hafaz quran.

************************************************

"amirah, ok ke?" sapa syakirah. mungkin dia dok usya dari tadi lagi.

"hem, em, ok2."

"takpe, biaselah tu. saya dulu pun susah jugak. insya allah, awal-awal susah sikit, dah lama-lama nanti oklah.. insya allah... kalau ada ape2 yang boleh saya tolong, bagitau lah"

minggu-minggu awal memang dipenuhi dengan air mata.
ana pun tak pasti. banyak sebab...
ana tak cukup kuat. memang susah nak dapat. ade kadang-kadang, satu hari satu muka je. pastu, bila dapat modal lama, yang lama dah lupa.
ya allah, beratnya amanah yang terpikul...

ape pun, sokongan sahabat, akak, mama dan abah, menjadi motivasi..

kalam allah itu bukan satu bebanan. ia satu nikmat............

2 ulasan:

  1. huhu.
    so sweet memory la kann nt kat dq.
    :]

    nanti storila kat mesed pulak na..
    :p

    BalasPadam
  2. huhu.. rasa sebab ja baca..
    alami benda yang sama jugak masa nak stat mengapai..
    tak tau kenapa..
    rasa berat..
    doakan ana ya..
    nak ke mesid pon rasa cam gerun...
    bukan macam orang yang da mmg kat sana kan...
    moga Allah permudahkan segala urusan kita..
    ameen

    BalasPadam