bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah, segala puji dan syukur yang tak terhingga pada zat pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. selawat dan salam buat junjungan nabi muhammad, kekasihNya yang sangat kasihkan umatNya..
"apa prinsip hidup saya?" soalan itu sering timbul tatkala ditanya mengenai prinsip hidup.
melihat kepada jawapan-jawapan yang pernah didengari,
"prinsip hidup saya, saya takkan mengalah selagi mana saya tak capai matlamat"
"saya pulak jenis yang tak suka lambat-lambat"
"prinsip saya, saya takkan tidur selagi mana kerja saya tak selesai"
ana terfikir, apa sebenarnya erti prinsip hidup sebenarnya...?
pada hemat ana yang hina dan dhoif ini, prinsip adalah apa yang akan kita pegang dalam hidup seharian kita. dan sebaik-baik orang adalah yang tak melanggar prinsip hidupnya..
hem, tapi apabila ditanya tentang prinsip hidup, dalam otak ana ada banyak perkara yang terbayang. tak boleh ana keluarkan dengan satu ayat. walaupun bukan semua yang terbayang itu ana berjaya patuhinya dengan baik.
apakah sebenarnya prinsip hidup kita?
sebagai seorang muslim, mukmin, seharusnya prinsip hidup kita adalah PRINSIP HIDUP ISLAM. prinsip hidup islam? banyakkan. sebab itulah ana katakan tak boleh nak diungkapkan dengan satu ayat. lihatlah pada kesyumulan islam, pada setiap denyut nadi kita, pada setiap pergerakan kita, semua prinsip tersusun rapi untuk kita turuti. masa, usaha, jihad, .... duniawai mahupun ukhrawi.
"wahai orang-orang yang beriman, masukkanlah ke dalam islam secara seluruhnya, dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan. sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata" (al-baqarah : 208)
sekiranya islam kita jadikan sebagai prinsip hidup kita, insya allah, itulah yang terbaik. di dunia dan akhirat...
FASTABIQUL KHAIRAT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan