.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Khamis, 24 September 2009

coretan aidilfitri..

1 SYAWAL




-thun ni giliran merbok utk raya pertama..

-tips utk yg bakal berumah tangga; wat turn siap2 untuk raya, selang-selang ka, nanti,tak perlulah susah nak bertelagah menjelanag aidilfitri.



tema thun nie, kuning kecoklat-coklatan. (crilah bju yang terbaik untuk dipakai pada 1 syawal, tapi tak semestinya yang baru!)


2 SYAWAL

-bertolak ke Kg Bukit Lada... (Pahang)


3 SYAWAL

-malam ni ada kenduri tahlil

-kat pahang, klu kenduri, sokmo masak sendiri jer, ramai tenaga.. malam tu wat gulai nangka (kot) ayam masak kicap merah2 sikit (",), sambal belacan, ulam2, etc..


postmoterm selepas para tetamu pulang.


pakat tunggu nak sambung mesyuarat keluarga pulak..


antara isu yang dibangkitkan;

**abah (abang long) :

- tabung keluarga
- solat
-al-quran dan as-sunnah sebagai pedoman

**ayah de :

-adab berpakaian, terutamanya kaum hawa; t-shirt labuh, tudung menutup dada, etc.

**ayah ndak :

-hormat ibu (tok); jgn bebankan ibu
- "dulu mok boleh jaga kita 11 org, takkan kita 11 org tak bleh jga mak sorang?"


4 SYAWAL

-bertolak balik ke rumah


5 SYAWAL



rombongan pak-pak menakan, mak-mak menakan dan sepupu sebelah mama ke rumah..



hero-hero keluarga md saad



heroin-heroin keluarga md saad


**SERIBU KEMAAFAN DIPOHON KEPADA SEMUA. SEMOGA AIDILFITRI KALI INI KITA BENAR-BENAR TELAH KEMBALI KEPADA FITRAH..




Ahad, 6 September 2009

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

bismillahirrahmanirrahim...

nampaknya, masa begitu pantas berlalu. kita sudah hampir memasuki fasa ke-3 ramadhan
apa khabar pesta ibadah kita?
moga semakin hari semakin 'meriah'...
ameen...

Satu masalah yang bila difikir, tak terfikir pula. Apa pun, sebagai manusia yang dikurniakan akal, sama-samalah kita fikir-fikirkan, supaya ketemu penyelesaiannya.

Jika dahulu, ramai yang mempertikaikan apabila arena politik, ekonomi, sukan dan lain-lain urusan dunia, mula dibawa oleh ahli agama, sehinggalah ramai yang mula memahami seperti mana yang dikatakan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:

"Islam adalah satu sistem yang syamil dan merangkumi semua aspek kehidupan. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah 'aqidah yang benar dan ibadat yang sah"


Dan alhamdulillah, di zaman ini, semakin ramai yang cuba memahami islam.

Semakin berkurang si buta yang mengatakan gajah itu seperti sebatang kayu sedang dia hanya memegang kaki gajah itu sahaja.

Semakin kurang si buta yang mengatakan gajah itu seperti kipas sedang dia hanya memegang telinga gajah itu sahaja.

Semakin berkurang si buta yang mengatakan gajah itu seperti tali sedang dia hanya memegang ekornya sahaja.

Semakin ramai pula si celik yang nampak akan gambaran gajah itu dengan sempurnanya ia sebagai seekor gajah dengan kakinya, telinganya, ekornya, dan anggota-anggota lainnya.

INSYA ALLAH....

Namun, tidak kurang yang masih tersalah faham tentang islam atau saja-saja buat-buat tak faham.
Bahkan, ramai juga yang menyalahgunakan kefahaman islam ini demi kepentingan duniawi. Nauzubillahi minzalik.

Islam itu dipolitikkan,
Islam itu diekonomikan,
Islam itu diperundangkan,
Dan bermacam-macam lagi Islam itu diper.....kan.

Sedangkan, semua urusan dunia itu yang perlu dibereskan dengan cara Islam.

Politik itu dibereskan dengan cara Islam,
Ekonomi itu dibereskan dengan cara Islam,
Perundangan itu dibereskan dengan cara Islam,
Baru dengan itu, segala-galanya akan benar-benar BERES.

Pendek kata, namun panjang maksudnya;

ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

Jangan biarkan diri kita seperti kaum 'Aad ang ditimpa kemarau berpanjangan diikuti ribut kencang akibat mengingkari seruan nabi Hud

atau seperti kaum Tsamud yang disambar petir akibat mengingkari seruan yang dibawa nabi Soleh


atau seperti kaum nabi Luth yang ditimpa gempa bumi akibat mengingkari seruan nabi mereka

atau seperti kaum nabi Nuh yang ditenggelamkan dalam banjir besar akibat mengingkari seruan nabi mereka


Biarlah kita menjadi UMMAT MUHAMMAD yang berpegang teguh dengan peninggalan agung junjungan kita, iaitu AL-QURAN DAN AS-S
UNNAH. Semoga kita akan sentiasa berada pada jalan yang benar.


Firman Allah dalam Surah Hud ayat 112-113

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepada kamu dan orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalimyang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"




Apa yang penting, sama-samalah kita mencari kebenaran dan menyeru orang di sekeliling kita ke arah kebenaran. Semoga dengan kekuatan aqidah, dan kesatuan fikrah kita dapat mengukuhkan lagi jambatan kita ke arah khilafah Islamiah...

ISLAM FOR ALL......

"Islam itu yang tertinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi darinya"

fastbiqul khairat.

Jumaat, 4 September 2009

TaG

bismillahirrahmanirrahim..

post kali ni merupakan TAG daripada che-ah a.k.a. miss gaza... (makasih ler che-ah, 'susah2' jer menTAG ana..)

and according to the instructions, i'm gonna have to choose another 'chosen' 10 to be tagged.. so, the 'chosen 10', please be alert. :)

apa pun, hope to get benefit from it, insya allah....



1. Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengapa. Mudah dan menjimatkan masa. Harapnya begitu..


2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? Lagi bagus. Kalau nak bagi semua? Amat digalakkan.

.

Okey. those are the chosen 10 from me....

adek aishah jauhara

angah asma'

k.adah

dek bah

achik et

keynah

sarah sakinah

arifah

syazlin aiza

k.fatin


~ Sapa2 yang sudi ambil tag ni untuk disebar- sebarkan pada umat ISLAM lain keseluruhannya.., tafaddholi...


3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara.. Jadi sebar2knlah ya...


4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang ja.. Lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? Zoomla..


kalau tak nampak juga, biar ana bacakan...

"AMAL ISLAM 100%"

"perjalanan itu memang memenatkan"

sama-samalah kita usahakan ya.
islam itu syumul, islam itu waqi'iyah,
tiada alasan untuk kita tak nak mengamalkannya..
apa jua yang kita lakukan, biarlah bertepatan dengan islam..


Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 208 yang bermaksud:

"wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam agama islam secara seluruhnya, dan janganlah kamu mengikut langkah syaitan, sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata"

FirmanNya lagi dalam surah yang ali imra ayat 85 yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh Allah dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak..”


Biarpun kekadang kita terasa penat, ingatlah, ia cuma sementara.

TIRESOME IS TEMPORARY, PAHALA IS ETERNITY

(pnjm ayat dr anas)

and, why not we take Rasulullah as the role model; that to be a grateful slave for the uncounted gifts we had through our life.....

FASTABIQUL KHAIRAT

Isnin, 31 Ogos 2009

HOT

bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah..
dengan izin allah, kita sudah masuk ke fasa kedua, fasa maghfirah bulan mulia ini.

bagaimana dengan fasa pertama, fasa rahmah kita?

sudah kita penuhi dengan pesta ibadah atau masih terkinja-kinja dengan pesta juadah?

tak salah nak masak special-special (ana pun ifthor satey ayam home made hri ni), tapi biarlah berpada-pada dan tidak menganggu waktu kita untuk merebut kesempatan beribadah dalam bulan mulia ini....


ana tak bercadang nak tulis tentng madrasah ramadhan secara totalnya. sebab dh byk penulisan mengenainya. dan rasa tak layak juga nak tulis. sebab ibadah ana pun terkinja-kinja lagi...

cumanya nak kongsilah sedikit sebanyak 'benda-benda ringan'. moga memberi manfaat bersama...


HOT...

ni tentang radio hot.fm. waktu ana ambil lesen kereta baru-baru ni, selalulah dengar siaran hot.fm dalam kereta pak cik yang ngajar kereta tu.
kadang-kadang ana jadi nak tergelak dengan 'pengisian-pengisian' dalam siaran radio tersebut.

yang paling ana ingat, ada satu iklan yang mana ana hampir-hampir tertipu!
ana tak ingat dialog dari awal, ingat nak dekat-dekat akhir ja. bunyinya lebih kurang begini.....

SUARA A : ish... agak-agak bila kita nak 'dilepaskan' ye? tak sabar dah ni!

SUARA B : kalau tak salah aku, 20 ogos ni, pada Hari Raya Aidilfitri ni kita akan dilepaskan! hahaha


lebih kurang gitulah petikan dialog yang ana ingat..
kalau andalah.. apa kesimpulan yang anda dapat buat daripada dialog ini??



sebaik saja dengar dialog ni, ana terus kata dalam hati, "ni dialog syaitan ni. bagus juga ada unsur dakwah juga hot.fm ni.."






tapi anda tahu apa sebenarnya.....??

yang nak 'dilepaskan' sebenarnya itu adalah berkenaan FILEM terbaru yang akan dilepaskan ke pawagam!! (ana tak ingat tajuk dia apa)

astaghfirullah 'azim.....
sepatutnya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi mereka yg berjaya mendidik nafsu selari dengan tuntutan puasa iaitu takwa.
tapi, kita seolah-olah hendak menyambut kemenangan 'mereka' ya'ni syaitan-syaitan yang merdeka setelah dibelenggu selama sebulan........


Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 42;
" dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan jangan kamu menyembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahuinya"

**syukran kepada 'hamba Allah' atas teguran buat hamba yang penuh kejahilan ini..


wallahua'lam..

FASTABIQUL KHAIRAT

Jumaat, 21 Ogos 2009

I'm weak without YOU.....

Everyday I wake up
I take my wudhuk and I pray..
5 times a day
And I do sometimes add some 'solat sunat'
But it's not everytime I prayed
I've the feeling of meet
ing my God
Allah..

Everyday..
I open the Quran

I read it

and The meanings..

But it's not all the time I read it

I'v
e the feeling that they are the Words from Allah
The Almighty..



Everyday..
I have my meal

I have my drinks

I have my cloth on me

But it's not every
time I had them
I've the feeling of having the gifts from my God

Allah..


Everyday
I walk to class

I learn and learn

I learn about my body

I learn about the drugs
I learn about the c
hemicals
and many things I thought,... I've learn....

But it's not everytime I learnt them

I've the feeling that
I'm learning a drop of the sea of the knowledges of my God

Allah..


Everytime..
I try to
be good
I try hard
To be a good daughter

To be a good sister

To be a good student

To be a good friend

To be a good slave...


BUT DO I REALLY TRY THAT HARD??

I think it's most the
time I lie myself..
I try to be good..
But how much do I work to it?

I always ask myself like this,

But how much do I move by it?


Sometimes I just can't make it myself
When my 'cup' is not filled
with the 'drop of tarbiyyah'
It started to be filled with
other bad particles




O Allah, you are the Great Murabbi for us
Please....

For what ever place, what ever situation, you put us in
Please....
Guide us
Cause we are weak

We are weak
Without You...

Ya Allah, we pray to you...
Please...
For this Ramadhan to come..
Please let it be a door for us
A door for us to really get to feel
The warmth of Your LOVE
Ameen.......


Selasa, 18 Ogos 2009

...sEMUA aDa...

bismillah..
alhamdulillah...
alhamdulillah.. alhamdulillah... praise to Allah for the life that he still gives us today to gain our amal so to gain His rahmah which bring us to His Jannah... Insya Allah..

It's 29 Syaaban 1430 today, and we all pray to Allah, that he'll also give us chance again.. to be in the great month of Ramadhan... Ameeeen...

JUst to share with you all today about something simple perhaps.., but how something simple can give impact to us? who knows...?

Ų§Ł„Ų°ŁŠ جعل Ł„ŁƒŁ… الأرض فراؓا ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł…Ų§Ų” بنآؔ ŁˆŲ£Ł†Ų²Ł„ من السماؔ Ł…Ų§Ų” فأخرج به من الثمرات رقا Ł„ŁƒŁ… فلا ŲŖŲ¬Ų¹Ł„ŁˆŲ§ لله أندادا ŁˆŲ£Ł†ŲŖŁ… ŲŖŲ¹Ł„Ł…ŁˆŁ†


"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menuunkan air (hujan) dari langit lalu dia mengasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah" (Al-Baqarah : 22)

Setiap apa yang Allah ciptakan, ada tugasnya, ada tujuannya. Allah takkan ciptakan sesuatu itu sekadar suka-suka. Langit, bumi, hujan, tumbuhan, semuanya punya tugas masing-masing. Jadi, apatah lagi sebaik-baik makhluk yang Allah kurniakan dengan akal ini, sudah tentulah tugas kita amat penting sekali..

Pun begitu, samada makhluk-makhluk Allah ini menurut atau menolak amanah dan taklifat yang terpikul atas mereka, sama sekali tidak memberi apa-apa kesan kepada Allah subhanahuwataala.. Sebaliknya, kesannya akan kembali kepada diri makhluk itu sendiri.....

Daripada Abu Zar Al-Ghiffari r.a. daripada Rasulullah s.a.w. berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada baginda daripada Allah s.w.t. bahawa Dia berfirman;

".................................................................................................................................................

Wahai hamba-hambaKu, selama-lamanya kamu tidak mampu memudharatkan Akusehingga kam boleh memudaratkn Aku

Wahai hamba-hambaKu, Dan selama-lamanya kamu tidak mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu dap
at memberi manfaat kepada Aku

Wahai hamba-hambaKu, sekiranya mereka yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, jin atau manusia di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati yang bertaqwa umpama hati org yg paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambah apa-apa dalam kerajaanKu

Wahai hamba-hambaKu, sekiranya mereka y
ang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, jin atau manusia di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati yang jahat umpama hati org yg paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurag-cacat apa-apa dalam kerajaanKu

Wahai hamba-hambaKu, sekiranya mereka yang t
erdahulu dan yang terkemudia daripada kamu, jin atau manusia di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berkumpul di satu tempat dan meminta daripadaKu lantas aku mengurniakan setiap daripada mereka, nescaya tidak akan berkurang apapun di sisiKu, melainkan umpama berkuranya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum ke dalamnya

Wahai hamba-hambaKu, bahawa hanya amalan
kamu yang akan Aku perhitungkan atasnya kemudian aku sempurnakan balasannya, maka barangsiapa yang mendapat kebaikan hendaklah dia memuji Allah, dan barangsiapa yang mendapat selain daripada kebaikan janganlah mereka mencela kecuali mencela dirinya sendiri. "

Hadis riwayat Muslim.


***** Here i've something to share. Hope that us get something from this something. (",)

Khasiat beberapa tumbuhan yg ana jumpa 'hasil kajian'...

SERAI

1. sakit kepala

2. selsema

3.cramp

4. anticoagulant

HALIA

1. anticancer
2.antimicrobial
3.antioksidan

4. demam
5. batuk

6. migrain

7. sakit gigi
8. sakit tulang
9. senggugut

10. sesak dada

TEMBIKAI

1. headache

2. masalah kulit

3.gout
4. lancarkan pengaliran darah



Ada banyak lagi sebenarnya.. Kalau nak tau maklumat lebih lanjut ttg mcm mna cara nak guna, atau xtra khasiat, bolehlah cari kat buku-buku. Dalam internet pon banyak..

Wallahua'lam. Apa pun, Setiap yang Allah cipta ada tugasannya. Macam tu juga dengan Cik Serai, Puan Halia dan Encik Tembikai (",).............

Tak lupa juga, kepada semua.........

....RAMADHAN KARIM....



Rabu, 5 Ogos 2009

Al-Inzar

bismillahirrahmanirrhim..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. selawat dan salam buat junjungan rasulullah s.a.w.


alhamdulillah, malam ni nisfu syaaban. dan malam ni juga genap malam ke4 ana kat rumah. alhamdulillah...


Setelah lebi kurang 5 hari di malaysia, banyak benda dah berlaku.

-Demonstrasi AMAN Mansuhkan ISA

-Abamar ambik darah sebab demam (alhamdulillah bukan H1N1)

-Jiran depan rumah kena ragut

-Sekarang, diri sendiri tengah demam. (doakanlah sihat)

-Mama dapat cuti seminggu sebab sekolah kena tutup dek H1N1



Dan, sampai sekarang, setakat yang ana dengar, banyak sangat sekolah sekitar Kepala Batas ni saja yang dah kena tutup untuk sementara waktu dek H1N1.


Cuma sekarang, antara kita sedar atau pun tidak, inilah sebenarnya INZAR dari Allah...


"dan apabila Musa (a.s.) berkata kepada kaumnya, 'wahai kaumku, sesngguhnya kamu telah menzalimi diri kamu dengan menjadikan anak lembu itu sembahan kamu. maka bertaubatlah kepada tuhan yg menjadikan kamu kamu dan bunuhlah diri kamu. itu adalah baik untuk kamu di sisi tuhan kamu yg menjadikan kamu. maka dia akan memberi taubat kepada kamu. sesungguhnya dia adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang" (al-baqarah: 54)


Tsunami 2004 belum cukup nampaknya memberi peringatan kepada kita. Sepatutnya kita bersyukur, andai ketika zaman nabi-nabi sebelum rasulullah s.a.w., umat mereka terus diturunkan bala apabila ingkar dengan seruan nabi mereka. Namun kita, umat Nabi Muhammad ini, berkali-kali Allah memberi peringatan. Tapi, lihatlah kita..

1. yg remajanya masih lalai dengan dunia heidonismenya

2. yg dewasanya masih sibuk dengan kekayaan duniawinya

3. yg pemimpinnya masih sibuk mencari kemegahan melalui kezalimannya

4. dan bermacam-macam lagi ragam manusia yg MASING-MASING SIBUK DENGAN AGENDA MASING-MASING.

Bila kita akan sedar dan bangkit dari peringatan itu??

Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Akan tetapi, kita sendirilah uang menzalimi diri kita sendiri...

**Dekat bawah ni ada sedikit hasil pembacaan ana dari Wikipedia tentang H1N1:

H1N1 sebenarnya adalah influenza yang terhasil daripada mutation of 4 subunit of H1N1.
Berikut adalah sedikit flow yang ana cuba lakarkan;

Avian PB2 gene + Human PB1 gene
= North American Pig Strain H1
+ Europe swine flu N1 = Influenza A H1N1


1. Avian PB2 adalah flu yang biasa menjangkiti burung.
2. Human PB1 pula adalah flu yang biasa menjangkiti manusia
3. North American Pig H1 adalah virus biasa yang menjangkiti pig di sana
4. Dan Europe swine flu N1 pula yang biasa menjangkiti babi di europe.

Sedikit maklumat tentang H1N1:

1. Kes pertama pada April 2009 di Mexico

2. On early June, WHO declare it as pandemic.

3. Virulence : CDC (x igt sngkatan utk apa) noted that most infections continue to be mild (sama macam selsema biasa) and recovery is extremely quick.Some experts said that death so far are a tiny fraction of people who die every year from seasonal flu (selsema biasa). A dr said, "when there's something new and unknown, it scares people". some medical journalist suggest that the news media maybe overacting to the new virus and have not compared its virulence with that of regular seasonal flu......... WALLAHUA'LAM...

Apa pun, either it's virulence or not, it's not our part to work on. what's important is, take good care of ourselves and others, so that we'll not be infected insya allah.

And not to forget, take lessons from everything happens.