nampaknya, masa begitu pantas berlalu. kita sudah hampir memasuki fasa ke-3 ramadhan
apa khabar pesta ibadah kita?
moga semakin hari semakin 'meriah'...
ameen...
Satu masalah yang bila difikir, tak terfikir pula. Apa pun, sebagai manusia yang dikurniakan akal, sama-samalah kita fikir-fikirkan, supaya ketemu penyelesaiannya.
Jika dahulu, ramai yang mempertikaikan apabila arena politik, ekonomi, sukan dan lain-lain urusan dunia, mula dibawa oleh ahli agama, sehinggalah ramai yang mula memahami seperti mana yang dikatakan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:
"Islam adalah satu sistem yang syamil dan merangkumi semua aspek kehidupan. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah 'aqidah yang benar dan ibadat yang sah"
Dan alhamdulillah, di zaman ini, semakin ramai yang cuba memahami islam.
Semakin berkurang si buta yang mengatakan gajah itu seperti sebatang kayu sedang dia hanya memegang kaki gajah itu sahaja.
Semakin kurang si buta yang mengatakan gajah itu seperti kipas sedang dia hanya memegang telinga gajah itu sahaja.
Semakin berkurang si buta yang mengatakan gajah itu seperti tali sedang dia hanya memegang ekornya sahaja.
Semakin ramai pula si celik yang nampak akan gambaran gajah itu dengan sempurnanya ia sebagai seekor gajah dengan kakinya, telinganya, ekornya, dan anggota-anggota lainnya.
INSYA ALLAH....

Namun, tidak kurang yang masih tersalah faham tentang islam atau saja-saja buat-buat tak faham.
Bahkan, ramai juga yang menyalahgunakan kefahaman islam ini demi kepentingan duniawi. Nauzubillahi minzalik.
Islam itu dipolitikkan,
Islam itu diekonomikan,
Islam itu diperundangkan,
Dan bermacam-macam lagi Islam itu diper.....kan.
Sedangkan, semua urusan dunia itu yang perlu dibereskan dengan cara Islam.
Politik itu dibereskan dengan cara Islam,
Ekonomi itu dibereskan dengan cara Islam,
Perundangan itu dibereskan dengan cara Islam,
Baru dengan itu, segala-galanya akan benar-benar BERES.
Pendek kata, namun panjang maksudnya;
ISLAM IS THE WAY OF LIFE.
Jangan biarkan diri kita seperti kaum 'Aad ang ditimpa kemarau berpanjangan diikuti ribut kencang akibat mengingkari seruan nabi Hud
atau seperti kaum Tsamud yang disambar petir akibat mengingkari seruan yang dibawa nabi Soleh
atau seperti kaum nabi Luth yang ditimpa gempa bumi akibat mengingkari seruan nabi mereka
atau seperti kaum nabi Nuh yang ditenggelamkan dalam banjir besar akibat mengingkari seruan nabi mereka
Biarlah kita menjadi UMMAT MUHAMMAD yang berpegang teguh dengan peninggalan agung junjungan kita, iaitu AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. Semoga kita akan sentiasa berada pada jalan yang benar.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 112-113
"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepada kamu dan orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalimyang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

Apa yang penting, sama-samalah kita mencari kebenaran dan menyeru orang di sekeliling kita ke arah kebenaran. Semoga dengan kekuatan aqidah, dan kesatuan fikrah kita dapat mengukuhkan lagi jambatan kita ke arah khilafah Islamiah...
ISLAM FOR ALL......
"Islam itu yang tertinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi darinya"
fastbiqul khairat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan