.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Sabtu, 16 April 2011

Benar @ Menang

Bismillahi walhamdulillah.
Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, setelah penuh bersawang, tercuci juga akhirnya sedikit sebanyak.

"Ok, sekarang adik-adik pecahkan kepada 3 kumpulan, kumpulan A ke check point 1, kumpulan B ke check point 2, kumpulan C ke check point 3."

Bersemangat adik-adik Wardatus Solehah mengikut arahan permainan.

"Sekarang, adik-adik buka kertas-kertas tu, dan susunkan menjadi satu nama sahabat rasulullah s.a.w. "

Kurang 2 minit kemudian,

"A.m.r.u, Amru," kumpulan A melaung penuh semangat.

"Eh, ni apa ni, eh, korang dapat apa tu?" kumpulan B cuba membina kerjasama dengan kumpulan C.

"Al-Khattab,"

"Eh, bukan Amru lah... U.m.a.r. Saidina Umar Al-Khattab. Akak, dah dapat, Saidina Umar Al-Khattab."

"Ok, tahniah, betul lah tu, Saidina Umar Al-Khattab. Ok, sekarang sapa boleh bagi khulasoh atau learning point dari game ni?"

"Kerjasama," Nabilah, ketua SC memberikan pandangan pertama dengan nada Wonderpet nya.

"Em... kita kena kenal dengan sahabat-sahabat Rasululullah," Ili turut tidak ketinggalan menyuarakan buah fikirannya.

"Aiwah, ada lagi...?"

Semua menunggu si mentor menyimpul... Perut dah lapar sangat tu....

"Ok, lah. Betul apa yang Nabilah dan Ili cakap tadi. Di samping itu, tadi kita ada tengok, kumpulan A tadi mula-mula kata Amru dengan penuh yakinnya. Surfacely, jawapan tu boleh dikatakan betul, tapi bila tengok balik dekat kumpulan lain, baru tahu, salah, dan jawapannya adalah Saidina Umar Al-Khattab...

Ok, kaitkan dengan hidup kita. Dalam kita hidup seharian, kita kena ingat, apa yang kita nak tegakkan adalah KEBENARAN, bukanlah KEMENANGAN, walaupun kadang-kadang kemenangan itu memberi peluang untuk kita tegakkan kebenaran.

Kenapa, cuba kita tengok macam tadi. Hakikatnya kumpulan A tadi tak menang. Sebab mereka tak berjaya membawa jawapan yang benar. Itulah yang berlaku sekarang. Apabila pihak yang merasakan diri merekalah pemenang, menjadi lupa diri, lupa akan orang di sekeliling, tapi kenyataannya, mereka sedang berdiri di atas kebatilan.

Bila kemenangan menjadi matlamat, kita akan lupa diri bila kita menang, kita akan putus asa bila kita kalah. Kita jadi tamak. Lupakan orang sekeliling.

Bila kebenaran menjadi matlamat, insya allah tiada sifat tamak, pentingkan diri, dalam mencapainya. Semua pihak akan bersatu.

Macam adik-adik tadi, akak dah pecahkan kepada 3 kumpulan. Tapi bila adik-adik betul-betul nak cari jawapan yang BENAR, kembalilah pada siapa adik-adik, iaitu WARDATUS SOLEHAH"

BERSATULAH. Itulah kuncinya...

Andai tak mampu mencari titik kesatuan, janganlah menebuk lubang perpecahan.


Khamis, 20 Januari 2011

al-fatihah





Teman, persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu....
Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia...

Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan aku dan kau
mengukir 1001 kenangan bersama....


Moga kita bertemu kembali di syurgaNya kelak...


Al-fatihah buat Nurul Iman Ab Alim yang telah kembali ke rahmatullah pada 10.15 pagi, 17 Januari 2011.

Coming later : Perginya seorang mujahidah


Isnin, 3 Januari 2011

ACTUALLY...



“Niat itu memang sudah ada sejak dulu lagi, namun sebaiknya biarlah kita betul-betul bersedia dan sebaik kita pakai jangan sesekali kita tanggalkan. Tidak semestinya selepas berkahwin kita harus memakai tudung kerana bertudung itu adalah perkara yang wajib bagi wanita Islam laksanakan, cuma kita saja yang abaikan. “Manusia ini sebenarnya memang tahu dosa yang dia lakukan, tetapi kita saja yang buat-buat tak tahu, apa-apapun kita cuba renungkan kembali apa niat kita sebenarnya. “Jika ada pilihan selepas ini memang saya sudah tidak mahu ambil watak yang seksi tetapi kita harus melihat juga sejauh mana seksi itu, jika terlalu mendedahkan tubuh memang saya tidak mahu. “Seksi ada banyak faktor, kita berpakaian lengkap pun ada kalanya orang menganggap ia masih seksi, terpulang kepada mata orang. Kalau watak seksi itu boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton buat apa kita tolak,” katanya.







Mungkinkah mereka sebenarnya tahu,
Tapi mungkin juga mereka tidak benar-benar faham
Atau mungkin juga mereka tahu dan faham, tapi tiada kesedaran....?

Tak perlu kita soalkan mereka

Tuding jari ke diri kita.
Bagaimana kita?
Kita tahu?
Kita faham?
Kita sedar?
Kita beramal?
Kita sampaikan?

ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK


Khamis, 9 Disember 2010

ketentuan allah penuh hikmah


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

"Dan mereka merancang, dan Allah juga merancang. dan (ingatlah) Allah sebaik-baik perancang" (Ali-Imran : 54)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Selawat dan salam buat rasulullah tercinta.
Seribu keampunan kita pohon pada Yang Maha Pengampun.

Kita merancang...
Allah juga merancang...
Dan Allah jugalah sebaik-baik perancang...

Perancangan manusia yang penuh kelemahan...
Ketentuan Allah yang penuh hikmah...
Bahagialah kita...

Punya Allah untuk kita bersandar...
Punya Allah untuk kita mengadu...
Punya Allah untuk kita kembali...

Lihatlah dari pandangan kaca mata seorang hamba...

Bukan hanya kita yang diuji...
Bukan hanya kita yang terguris...
Bukan hanya kita yang merasa lemah...
Kita buka bersendirian...




SELAMAT BERJUANG SAHABAT
DI MANA PUN KITA, INGAT!
KITA BUKAN PEMULA,
TAPI KITA PENERUS
KITA MATA-MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH
SUMBANGLAH, KERAHLAH SELURUH KUDRAT KITA DEMI ISLAM YANG KITA PERLUKAN
MAINKAN PERANAN KITA
WALAU KITA RASAKAN IA SEKECIL-KECIL SUMBANGAN

MOGA TITISAN-TITISAN JERNIH YANG TUMPAH
MENJADI SAKSI,
SAKSI BAHAWA KITA PERNAH HADIR DI JALAN INI
BERSAMA, KITA TERUSKAN...

ALLAHUAKBAR!!!

Jumaat, 19 November 2010

keluar dari tempurung



bismillahi walhamdulillah
tangan semakin berat nak menulis.
artikel pendek, tapi padat khas untuk para pembaca sekalian.

Apabila dibicara soal politik, sebenarnya ramai yg tidak tahu apa itu politik dan kenapa mesti berpolitik.
Ada yang membara semangatnya tika berbicara soal politik
Tak kurang juga yang tidak suka
Ada yang katanya, perlu dibicarakan
Ada yang katanya, x yah dok ambik taulah... hidup macam biasa2 pun x pe....

gambar hiasan


Tapi Allah ajar kita politik dalam ISLAM.
kita ambil contoh mudah.
Cuba perhatikan solat yang kita lakukan setiap hari.
Bukankah pemerintahan itu memerlukan 4 perkara:

1- imam ~ ketua
2- masjid ~ wilayah
3-makmum ~ rakyat
4- rukun, syarat sah, etc. ~ undang2


gambar hiasan


Sekarang kita lihat lagi.
Dalam solat ada ketua dan rakyat. Rakyat perlu ikut ketua. Dilarang melangkau-langkau.
Dalam solat, makmum perlu ikut imam, mana boleh rukuk terlebih dahulu sebelum imam rukuk.
Andai imam tersalah atau contohnya tertinggal salah satu rukun solat, maka makmum makmum perlulah menegur berpandukan cara0cara yang dah diajar.
Begitu juga dengan dalam pemerintahan.
Andai ketua salah perlulah kita menegur.
ALLAH mengajar kita sedemikian kerana manusia tak sempurna dan sering lakukan kesalahan.

Tapi cuba tengok apa yang berlaku sekarang?
Tepuk dada, celik mata, asah minda, bergeraklah wahai pemuda!

**maaf anda bahasa terlebih santai.

Rabu, 17 November 2010

is there..?


when you failed to do something
doesn't mean you have to stop from doing everything
get rid of anything
cause it's not that you can do nothing
and you sure can do something








T_T
is there....?


Selasa, 19 Oktober 2010

try it first!


boring?

tiba-tiba terasa nak buat sesuatu yang kita ma'ruf Allah murkai.

wait! try this first.

Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari anda di api lilin itu. Hitunglah berapa saat anda mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari anda.



Jika anda melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.

Rasalah sendiri panasnya api.

Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah.

*dah lama tak update. susah nak berkongsi bila diri begini.