.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Jumaat, 19 November 2010

keluar dari tempurung



bismillahi walhamdulillah
tangan semakin berat nak menulis.
artikel pendek, tapi padat khas untuk para pembaca sekalian.

Apabila dibicara soal politik, sebenarnya ramai yg tidak tahu apa itu politik dan kenapa mesti berpolitik.
Ada yang membara semangatnya tika berbicara soal politik
Tak kurang juga yang tidak suka
Ada yang katanya, perlu dibicarakan
Ada yang katanya, x yah dok ambik taulah... hidup macam biasa2 pun x pe....

gambar hiasan


Tapi Allah ajar kita politik dalam ISLAM.
kita ambil contoh mudah.
Cuba perhatikan solat yang kita lakukan setiap hari.
Bukankah pemerintahan itu memerlukan 4 perkara:

1- imam ~ ketua
2- masjid ~ wilayah
3-makmum ~ rakyat
4- rukun, syarat sah, etc. ~ undang2


gambar hiasan


Sekarang kita lihat lagi.
Dalam solat ada ketua dan rakyat. Rakyat perlu ikut ketua. Dilarang melangkau-langkau.
Dalam solat, makmum perlu ikut imam, mana boleh rukuk terlebih dahulu sebelum imam rukuk.
Andai imam tersalah atau contohnya tertinggal salah satu rukun solat, maka makmum makmum perlulah menegur berpandukan cara0cara yang dah diajar.
Begitu juga dengan dalam pemerintahan.
Andai ketua salah perlulah kita menegur.
ALLAH mengajar kita sedemikian kerana manusia tak sempurna dan sering lakukan kesalahan.

Tapi cuba tengok apa yang berlaku sekarang?
Tepuk dada, celik mata, asah minda, bergeraklah wahai pemuda!

**maaf anda bahasa terlebih santai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan