
bismillahirrahmanirahim...
alhamdulillah, puji dan syukur hanya pada pemilik alam ini
selawat dn salam buat junjungn tercinta nabi muhammad sallahu'alaihiwasallam....
K.E.J.AM.
(maaf, sila baca dengan teliti....)
andaidalamsebuahjawatankuasamasjid,
tokimamadalahyangpalingthiqoh,
tokbilalyangpalingsedapsuaranya,
toksiakyangpalingpembersihorangnya,
siapapulayangpalingkejam?
(baiklah, ana tinggalkan dahulu persoalan ini dan tangguhkan dahulu jawapannya)
mari baca kisah ini pula (yang ana dengaq waktu tazkirah asar kat dq dulu)
al-kisah, terdapat 3 sekawan, A,B, dan C. Ketiga-tiga mereka ini sangatlah terkenal dengan kejahatan masing-masing.
suatu hari, salah A berkata kepada kawannya yang lagi 2 orang dengan rasa bangga;
"kalau korang nak tau, akulah yang paling kejam antara kita bertiga."
B pula berkata,
"apa pulak, akulah yang paling kejam antara kita bertiga."
begitulah juga dengan C, sehinggalah yang A kembali berkata;
"baiklah aku akan buktikan."
akhirnya mereka menuju ke sebuah lorong sunyi yang jarang dilalui orang.
mereka menunggu di situ sehinggalah kelihatan kelibat seorang perempuan melalui lorong itu.
A tadi berkata;
"baik, lihat, betapa kejamnya aku."
tanpa berlengah, A terus menuju ke arah wanita tadi lantas membelasahnya tanpa rasa belas kasihan, sehinggalah perempuan tadi langsung tidak bermaya untuk bergerak.
"lihat, kejam kan aku." kata A sambil mendabik dadanya.
"ah, itu tak cukup kejam! lihat pula aku," tiba-tiba si B mencelah.
Dia terus menerkam perempuan yang sudah cukup lemah tadi lalu memperkosanya.
"Kan aku dah kata, aku lagi kejam! " kata si B sambil menguis-nguis perempuan yang sudah nyawa-nyawa ikan tadi dengan kakinya.
si C yang dari tadi hanya diam, tiba-tiba bersuara.
"hem, sebenarnya, kamu berdua tak sekejam mana. aku jauh lebih kejam daripada kamu berdua" kata si C dengan muka selamba.
"apa buktinya? ko asyik duduk kat situ ja dari tadi. tak dak apa-apa pun yang kau buat." bantah si A.
"A'ah. ala.. kau ngaku je lah kau paling koman antara kita."
celah si B pula.
Sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah perempuan tadi, si A berkata,
"Kalau korang nak tau, perempuan ni, adik aku."
"Apa!!!?"
...................
bolehlah kita analogikan di sini, si A itu Israel, si B itu Amerika, si C itu pula... KITA!
tak nak mengaku?
kalau anda mampu buktikan anda bukan si C, alhmadulillah...
tapi ana tak fikir kita mampu pertikaikannya.
begitu ramai muslim sekarang yang hanya melihat Islam diludah-ludah, dihina, dipijak-pijak. MELIHAT, MENGELUH, MELIHAT DAN MENGELUH.
Lebih menyedihkan semakin ramai pula yang bukan hanya menjadi pemerhati kehormat semata-mata, malah semakin ramai pula yang turut menjadi duri dalam daging. meludah ke muka sendiri. menghina ISLAM, agama mereka sendiri.
tak kiralah sama ada secara langsung atau tidak.
Ingatlah, mereka, musuh Islam bukan menadah tangan kepada harta, mahupun ilmu kita.
Those are just intermediate products.
kembali kepada firman Allah;
"Dan tidak redha orang-orang yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikut jalan hidup mereka. ...". (Al-Baqarah:120)
INGATLA, SELAGI MANA HIDUP KITA MASIH SEPERTI MEREKA, SELAGI ITU KITA TAKKANMENANG.
WALAU SERIBU KAPAL PUN KIRA HANTAR KE GAZA, KITA TAKKAN MENANG.
KITA HANYA AKAN MENANG ANDAI KITA TIDAK MEMBIARKAN MEREKA MENANG.
KITA AKAN MENANG ANDAI KITA TAK MEMBIARKAN DIRI KITA MENGIKUT JALAN HIDUP MEREKA....
lets adapting ourselves in the way of islam
not adapting islam the way we want.
TEGAKKANLAH ISLAM DALAM DIRIMU,
MAKA AKAN TERTEGAK ISLAM DALAM TANAH AIRMU!
ALLAHUAKBAR!!!
(jawapan untuk siapa yang "palingkejam" = tok bilal. sebab ye kena alert ngan masa, so that ye tak terlepas nak azan apabila masuk waktunya. maka ye sokmo paling mukanya ke jam nak tengok jam pukul berapa. :D )