.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Khamis, 30 Julai 2009

CINTA - part 3

Kadang-kadang manusia tersalah menganggap bahawa cintanya kerana allah...

padahal percintaannya menyebabkan makhluk allah lebih dicintai daripada Pencipta makhluk itu sendiri.....

Allah diketepikan...

Mungkin..

Matlmatnya dah betul dan jelas...
Tapi jalannya tak syaro'...


Beberapa perkara yang perlu disegerakan dalam islam :

1. apabila solat telah masuk waktunya

2. apabila jenazah hendak dikebumikan

3. apabila anak gadis bertemu calon suaminya


salah satu ciri cinta dalam islam adalah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika bercinta..



MACAM MANA KALAU DAH TERJEBAK DENGAN CINTA??

Jatuh cinta tu tak salah

perasaan tu anugerah allah

tapi andai ianya boleh melalaikan, tentu ada perbuatan-perbuatan salah yang Allah tak redhai.

sentiasalah berdoa pada allah agar memelihara perasaan cinta itu sebagaimana yang Dia kehendaki.. yang tak menjauhkan diri dariNya..


PRAKTIKALNYA??

Kikislah keaiban-keaiban cinta seperti bergayut di telefon

Bermujahadahlah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya

Lakukanlah secara perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah

Selagi ada kemahuan di situ ada jalan

Yakinlah dengan Allah


YA, BERCINTA TU TAK SALAH..

Ya, Rasulullah sendiri ada bersabda cinta itu buta

Cinta tak mengenal siapa

Ya naluri cinta adalah fitrah setiap manusia

Cuma ia punya batasan!

Ya, cinta itu buta..

Ingatlah cinta bukan sahaja tak mengenal siapa, tapi andai salah melangkah, cinta juga boleh tidak mengenal halal haram

Dalam cinta ini, liciknya strategi syaitan memperdayakan si pasangan kekasih

Orang yang berjumpa kekasihnya memberi alasan.... alah, bukannya pegang-pegang pun.. Orang yang pegang-pegang pulak berkata... alah, bukannya berzina pun.. Orang yang berzina pula berkata... alah, bukannya sampai pregnant pun.. seolah-olah merasakan apa yang dilakukan itu tak salah....

Nauzubillahiminzalik....

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khashyatillah (takutkan allah)

Allah jadikan cinta itu sebgai satu ujian

Allah jadikan antara lelaki dan perempuan ini fitnah, yakni ujian untuk Allah melihat sejauh mana kta bersabat dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu Maha Melihat


YA, BERCINTA TU TAK SALAH!

Memuja cinta itu yang salah

Bercinta biarlah syaro', atas landasan Allah

Kerana cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hingga kesempurnaan ibadah terganggu

Lebih parah lagi, kerana cintalah manusia melupakan batasan-batasan yang digariskan Allah

Cinta juga membuka peluang baru kepada fitnah syaitan dan mengundang murka Allah

Manusia sendri yang mencemari Cinta yang sebenarnya Kudus dan suci...


YA, TAK MUDAH NAK MENGHADAPINYA,
TAPI TAK MUSTAHIL KAN??


Benda yang susah inilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman

Berusaha mencapai iman tahap 4 flat

Didiklah nafsu itu agar tak mengatasi akal

Tahan dulu rasa cinta untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya

Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting, diiringi rahmat Allah

Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasanNya...


*insya allah hari ni bertolak ke Cairo.. Pukul 4 pagi esok insya allah flight..

*wat ude, ganbatte! doakan adik ngan angah jgak! rajin2, ymlah ye!

* wat sahabat-sahabat lain, balik cuti ni jangan asyik main jer. ingat allah sokmo! (just wanna say it to myself, huhu)


K, GANBATTE SEMUA!

SALAM MUJAHADAH

SALAM 'UTHLAH

SALAM UKHUWWAH

4 ulasan:

  1. gambatte adek..
    hehe

    selamat tiba di mesia..

    datang2lah trg ye (^^,)

    nice post..

    BalasPadam
  2. insaf...chenta diam2..
    tak pnah jmpa..
    skdr d smpn dlm hati..
    slh kah

    BalasPadam
  3. that's very bright and genuine post dear.... i would like to republish it on my page sothen my buddies would be delighted to see one (even if they don't)~ngee...i always have faith in love and a sacred love to me is the one that both party knows the boundaries and take care of themselves, disinfect from unrightuous way of love....miss you....love u...
    (n_n)

    BalasPadam