.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Isnin, 31 Ogos 2009

HOT

bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah..
dengan izin allah, kita sudah masuk ke fasa kedua, fasa maghfirah bulan mulia ini.

bagaimana dengan fasa pertama, fasa rahmah kita?

sudah kita penuhi dengan pesta ibadah atau masih terkinja-kinja dengan pesta juadah?

tak salah nak masak special-special (ana pun ifthor satey ayam home made hri ni), tapi biarlah berpada-pada dan tidak menganggu waktu kita untuk merebut kesempatan beribadah dalam bulan mulia ini....


ana tak bercadang nak tulis tentng madrasah ramadhan secara totalnya. sebab dh byk penulisan mengenainya. dan rasa tak layak juga nak tulis. sebab ibadah ana pun terkinja-kinja lagi...

cumanya nak kongsilah sedikit sebanyak 'benda-benda ringan'. moga memberi manfaat bersama...


HOT...

ni tentang radio hot.fm. waktu ana ambil lesen kereta baru-baru ni, selalulah dengar siaran hot.fm dalam kereta pak cik yang ngajar kereta tu.
kadang-kadang ana jadi nak tergelak dengan 'pengisian-pengisian' dalam siaran radio tersebut.

yang paling ana ingat, ada satu iklan yang mana ana hampir-hampir tertipu!
ana tak ingat dialog dari awal, ingat nak dekat-dekat akhir ja. bunyinya lebih kurang begini.....

SUARA A : ish... agak-agak bila kita nak 'dilepaskan' ye? tak sabar dah ni!

SUARA B : kalau tak salah aku, 20 ogos ni, pada Hari Raya Aidilfitri ni kita akan dilepaskan! hahaha


lebih kurang gitulah petikan dialog yang ana ingat..
kalau andalah.. apa kesimpulan yang anda dapat buat daripada dialog ini??



sebaik saja dengar dialog ni, ana terus kata dalam hati, "ni dialog syaitan ni. bagus juga ada unsur dakwah juga hot.fm ni.."






tapi anda tahu apa sebenarnya.....??

yang nak 'dilepaskan' sebenarnya itu adalah berkenaan FILEM terbaru yang akan dilepaskan ke pawagam!! (ana tak ingat tajuk dia apa)

astaghfirullah 'azim.....
sepatutnya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi mereka yg berjaya mendidik nafsu selari dengan tuntutan puasa iaitu takwa.
tapi, kita seolah-olah hendak menyambut kemenangan 'mereka' ya'ni syaitan-syaitan yang merdeka setelah dibelenggu selama sebulan........


Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 42;
" dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan jangan kamu menyembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahuinya"

**syukran kepada 'hamba Allah' atas teguran buat hamba yang penuh kejahilan ini..


wallahua'lam..

FASTABIQUL KHAIRAT

Jumaat, 21 Ogos 2009

I'm weak without YOU.....

Everyday I wake up
I take my wudhuk and I pray..
5 times a day
And I do sometimes add some 'solat sunat'
But it's not everytime I prayed
I've the feeling of meet
ing my God
Allah..

Everyday..
I open the Quran

I read it

and The meanings..

But it's not all the time I read it

I'v
e the feeling that they are the Words from Allah
The Almighty..



Everyday..
I have my meal

I have my drinks

I have my cloth on me

But it's not every
time I had them
I've the feeling of having the gifts from my God

Allah..


Everyday
I walk to class

I learn and learn

I learn about my body

I learn about the drugs
I learn about the c
hemicals
and many things I thought,... I've learn....

But it's not everytime I learnt them

I've the feeling that
I'm learning a drop of the sea of the knowledges of my God

Allah..


Everytime..
I try to
be good
I try hard
To be a good daughter

To be a good sister

To be a good student

To be a good friend

To be a good slave...


BUT DO I REALLY TRY THAT HARD??

I think it's most the
time I lie myself..
I try to be good..
But how much do I work to it?

I always ask myself like this,

But how much do I move by it?


Sometimes I just can't make it myself
When my 'cup' is not filled
with the 'drop of tarbiyyah'
It started to be filled with
other bad particles




O Allah, you are the Great Murabbi for us
Please....

For what ever place, what ever situation, you put us in
Please....
Guide us
Cause we are weak

We are weak
Without You...

Ya Allah, we pray to you...
Please...
For this Ramadhan to come..
Please let it be a door for us
A door for us to really get to feel
The warmth of Your LOVE
Ameen.......


Selasa, 18 Ogos 2009

...sEMUA aDa...

bismillah..
alhamdulillah...
alhamdulillah.. alhamdulillah... praise to Allah for the life that he still gives us today to gain our amal so to gain His rahmah which bring us to His Jannah... Insya Allah..

It's 29 Syaaban 1430 today, and we all pray to Allah, that he'll also give us chance again.. to be in the great month of Ramadhan... Ameeeen...

JUst to share with you all today about something simple perhaps.., but how something simple can give impact to us? who knows...?

الذي جعل لكم الأرض فراشا والسماء بنآء وأنزل من السماء ماء فأخرج به من الثمرات رقا لكم فلا تجعلوا لله أندادا وأنتم تعلمون


"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menuunkan air (hujan) dari langit lalu dia mengasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah" (Al-Baqarah : 22)

Setiap apa yang Allah ciptakan, ada tugasnya, ada tujuannya. Allah takkan ciptakan sesuatu itu sekadar suka-suka. Langit, bumi, hujan, tumbuhan, semuanya punya tugas masing-masing. Jadi, apatah lagi sebaik-baik makhluk yang Allah kurniakan dengan akal ini, sudah tentulah tugas kita amat penting sekali..

Pun begitu, samada makhluk-makhluk Allah ini menurut atau menolak amanah dan taklifat yang terpikul atas mereka, sama sekali tidak memberi apa-apa kesan kepada Allah subhanahuwataala.. Sebaliknya, kesannya akan kembali kepada diri makhluk itu sendiri.....

Daripada Abu Zar Al-Ghiffari r.a. daripada Rasulullah s.a.w. berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada baginda daripada Allah s.w.t. bahawa Dia berfirman;

".................................................................................................................................................

Wahai hamba-hambaKu, selama-lamanya kamu tidak mampu memudharatkan Akusehingga kam boleh memudaratkn Aku

Wahai hamba-hambaKu, Dan selama-lamanya kamu tidak mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu dap
at memberi manfaat kepada Aku

Wahai hamba-hambaKu, sekiranya mereka yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, jin atau manusia di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati yang bertaqwa umpama hati org yg paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambah apa-apa dalam kerajaanKu

Wahai hamba-hambaKu, sekiranya mereka y
ang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, jin atau manusia di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati yang jahat umpama hati org yg paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurag-cacat apa-apa dalam kerajaanKu

Wahai hamba-hambaKu, sekiranya mereka yang t
erdahulu dan yang terkemudia daripada kamu, jin atau manusia di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berkumpul di satu tempat dan meminta daripadaKu lantas aku mengurniakan setiap daripada mereka, nescaya tidak akan berkurang apapun di sisiKu, melainkan umpama berkuranya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum ke dalamnya

Wahai hamba-hambaKu, bahawa hanya amalan
kamu yang akan Aku perhitungkan atasnya kemudian aku sempurnakan balasannya, maka barangsiapa yang mendapat kebaikan hendaklah dia memuji Allah, dan barangsiapa yang mendapat selain daripada kebaikan janganlah mereka mencela kecuali mencela dirinya sendiri. "

Hadis riwayat Muslim.


***** Here i've something to share. Hope that us get something from this something. (",)

Khasiat beberapa tumbuhan yg ana jumpa 'hasil kajian'...

SERAI

1. sakit kepala

2. selsema

3.cramp

4. anticoagulant

HALIA

1. anticancer
2.antimicrobial
3.antioksidan

4. demam
5. batuk

6. migrain

7. sakit gigi
8. sakit tulang
9. senggugut

10. sesak dada

TEMBIKAI

1. headache

2. masalah kulit

3.gout
4. lancarkan pengaliran darah



Ada banyak lagi sebenarnya.. Kalau nak tau maklumat lebih lanjut ttg mcm mna cara nak guna, atau xtra khasiat, bolehlah cari kat buku-buku. Dalam internet pon banyak..

Wallahua'lam. Apa pun, Setiap yang Allah cipta ada tugasannya. Macam tu juga dengan Cik Serai, Puan Halia dan Encik Tembikai (",).............

Tak lupa juga, kepada semua.........

....RAMADHAN KARIM....



Rabu, 5 Ogos 2009

Al-Inzar

bismillahirrahmanirrhim..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. selawat dan salam buat junjungan rasulullah s.a.w.


alhamdulillah, malam ni nisfu syaaban. dan malam ni juga genap malam ke4 ana kat rumah. alhamdulillah...


Setelah lebi kurang 5 hari di malaysia, banyak benda dah berlaku.

-Demonstrasi AMAN Mansuhkan ISA

-Abamar ambik darah sebab demam (alhamdulillah bukan H1N1)

-Jiran depan rumah kena ragut

-Sekarang, diri sendiri tengah demam. (doakanlah sihat)

-Mama dapat cuti seminggu sebab sekolah kena tutup dek H1N1



Dan, sampai sekarang, setakat yang ana dengar, banyak sangat sekolah sekitar Kepala Batas ni saja yang dah kena tutup untuk sementara waktu dek H1N1.


Cuma sekarang, antara kita sedar atau pun tidak, inilah sebenarnya INZAR dari Allah...


"dan apabila Musa (a.s.) berkata kepada kaumnya, 'wahai kaumku, sesngguhnya kamu telah menzalimi diri kamu dengan menjadikan anak lembu itu sembahan kamu. maka bertaubatlah kepada tuhan yg menjadikan kamu kamu dan bunuhlah diri kamu. itu adalah baik untuk kamu di sisi tuhan kamu yg menjadikan kamu. maka dia akan memberi taubat kepada kamu. sesungguhnya dia adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang" (al-baqarah: 54)


Tsunami 2004 belum cukup nampaknya memberi peringatan kepada kita. Sepatutnya kita bersyukur, andai ketika zaman nabi-nabi sebelum rasulullah s.a.w., umat mereka terus diturunkan bala apabila ingkar dengan seruan nabi mereka. Namun kita, umat Nabi Muhammad ini, berkali-kali Allah memberi peringatan. Tapi, lihatlah kita..

1. yg remajanya masih lalai dengan dunia heidonismenya

2. yg dewasanya masih sibuk dengan kekayaan duniawinya

3. yg pemimpinnya masih sibuk mencari kemegahan melalui kezalimannya

4. dan bermacam-macam lagi ragam manusia yg MASING-MASING SIBUK DENGAN AGENDA MASING-MASING.

Bila kita akan sedar dan bangkit dari peringatan itu??

Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Akan tetapi, kita sendirilah uang menzalimi diri kita sendiri...

**Dekat bawah ni ada sedikit hasil pembacaan ana dari Wikipedia tentang H1N1:

H1N1 sebenarnya adalah influenza yang terhasil daripada mutation of 4 subunit of H1N1.
Berikut adalah sedikit flow yang ana cuba lakarkan;

Avian PB2 gene + Human PB1 gene
= North American Pig Strain H1
+ Europe swine flu N1 = Influenza A H1N1


1. Avian PB2 adalah flu yang biasa menjangkiti burung.
2. Human PB1 pula adalah flu yang biasa menjangkiti manusia
3. North American Pig H1 adalah virus biasa yang menjangkiti pig di sana
4. Dan Europe swine flu N1 pula yang biasa menjangkiti babi di europe.

Sedikit maklumat tentang H1N1:

1. Kes pertama pada April 2009 di Mexico

2. On early June, WHO declare it as pandemic.

3. Virulence : CDC (x igt sngkatan utk apa) noted that most infections continue to be mild (sama macam selsema biasa) and recovery is extremely quick.Some experts said that death so far are a tiny fraction of people who die every year from seasonal flu (selsema biasa). A dr said, "when there's something new and unknown, it scares people". some medical journalist suggest that the news media maybe overacting to the new virus and have not compared its virulence with that of regular seasonal flu......... WALLAHUA'LAM...

Apa pun, either it's virulence or not, it's not our part to work on. what's important is, take good care of ourselves and others, so that we'll not be infected insya allah.

And not to forget, take lessons from everything happens.


Isnin, 3 Ogos 2009

NAHNU ANSORULLAH!!

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..



seinfiniti syukur pada allah. hari ni, hari pertama duduk kat rumah, setelah sampai pukul 10 malam lebih semalam.

pagi tadi bangun-bangun, tengok jam masya allah, dah pukul ****! terkejut ana! huhu. takpelah, nak buat macam mana, dah tak terjaga..

usai mandi, pergilah ke dapur, tolong mama apa-apa yang patut..



sambil makan tengah hari, ana dan mama pun sembanglah macam-macam dalam suasana yang 'romantik' (makan dua org je lah katakan). antara yang timbul (macam-macam sebenarnya,tapi saja nak certia yang ni), mama sebut pasal peristiwa "1 ogos".



"ramai sungguh budak-budak u turun hari tu. berani depa.."



"besalah... berani kerana benar.. hehe" sebenarnya, ana tiba-tiba rasa semacam bersemangat nak terus bercerita tentang itu, tapi, memikirkan masa yang tak sesuai, simpan je lah dalam hati.. (",)



sebenarnya ingat nak post tentang itu, tapi memandangkan ana bukanlah mengalami sendiri, jadi, bimbang tak 'real' pulak tulisannya nanti.



cuma sekadar dengar cerita sikit-sikit daripada abeman, pak ndak dan pak cik amin yang turut turun dalam demonstrasi AMAN tersebut dan baca berita daripada 'surat khabar' dan blog-blog.



lagipun, bimbang juga, takut ana terlalu menulis mengikut emosi. tak elok kan begitu? jadi, kat sini, adalah ana bagi link sikit-sikit mungkin para pembaca boleh tengok. especially, mereka yang masih belum nampak KEBENARAN YANG SEBENAR...



http://www.hasanhusaini.com/2009/08/catatan-1-ogos-2009.html


http://nurjannah87.blogspot.com/2009/08/hebatnya-tarbiyah-fru.html

http://hafizahsrc.blogspot.com/2009/08/mansuh-1-ogos.html

Khamis, 30 Julai 2009

CINTA - part 3

Kadang-kadang manusia tersalah menganggap bahawa cintanya kerana allah...

padahal percintaannya menyebabkan makhluk allah lebih dicintai daripada Pencipta makhluk itu sendiri.....

Allah diketepikan...

Mungkin..

Matlmatnya dah betul dan jelas...
Tapi jalannya tak syaro'...


Beberapa perkara yang perlu disegerakan dalam islam :

1. apabila solat telah masuk waktunya

2. apabila jenazah hendak dikebumikan

3. apabila anak gadis bertemu calon suaminya


salah satu ciri cinta dalam islam adalah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika bercinta..



MACAM MANA KALAU DAH TERJEBAK DENGAN CINTA??

Jatuh cinta tu tak salah

perasaan tu anugerah allah

tapi andai ianya boleh melalaikan, tentu ada perbuatan-perbuatan salah yang Allah tak redhai.

sentiasalah berdoa pada allah agar memelihara perasaan cinta itu sebagaimana yang Dia kehendaki.. yang tak menjauhkan diri dariNya..


PRAKTIKALNYA??

Kikislah keaiban-keaiban cinta seperti bergayut di telefon

Bermujahadahlah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya

Lakukanlah secara perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah

Selagi ada kemahuan di situ ada jalan

Yakinlah dengan Allah


YA, BERCINTA TU TAK SALAH..

Ya, Rasulullah sendiri ada bersabda cinta itu buta

Cinta tak mengenal siapa

Ya naluri cinta adalah fitrah setiap manusia

Cuma ia punya batasan!

Ya, cinta itu buta..

Ingatlah cinta bukan sahaja tak mengenal siapa, tapi andai salah melangkah, cinta juga boleh tidak mengenal halal haram

Dalam cinta ini, liciknya strategi syaitan memperdayakan si pasangan kekasih

Orang yang berjumpa kekasihnya memberi alasan.... alah, bukannya pegang-pegang pun.. Orang yang pegang-pegang pulak berkata... alah, bukannya berzina pun.. Orang yang berzina pula berkata... alah, bukannya sampai pregnant pun.. seolah-olah merasakan apa yang dilakukan itu tak salah....

Nauzubillahiminzalik....

Cinta perlu dihijab dengan iman dan khashyatillah (takutkan allah)

Allah jadikan cinta itu sebgai satu ujian

Allah jadikan antara lelaki dan perempuan ini fitnah, yakni ujian untuk Allah melihat sejauh mana kta bersabat dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu Maha Melihat


YA, BERCINTA TU TAK SALAH!

Memuja cinta itu yang salah

Bercinta biarlah syaro', atas landasan Allah

Kerana cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hingga kesempurnaan ibadah terganggu

Lebih parah lagi, kerana cintalah manusia melupakan batasan-batasan yang digariskan Allah

Cinta juga membuka peluang baru kepada fitnah syaitan dan mengundang murka Allah

Manusia sendri yang mencemari Cinta yang sebenarnya Kudus dan suci...


YA, TAK MUDAH NAK MENGHADAPINYA,
TAPI TAK MUSTAHIL KAN??


Benda yang susah inilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman

Berusaha mencapai iman tahap 4 flat

Didiklah nafsu itu agar tak mengatasi akal

Tahan dulu rasa cinta untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya

Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting, diiringi rahmat Allah

Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasanNya...


*insya allah hari ni bertolak ke Cairo.. Pukul 4 pagi esok insya allah flight..

*wat ude, ganbatte! doakan adik ngan angah jgak! rajin2, ymlah ye!

* wat sahabat-sahabat lain, balik cuti ni jangan asyik main jer. ingat allah sokmo! (just wanna say it to myself, huhu)


K, GANBATTE SEMUA!

SALAM MUJAHADAH

SALAM 'UTHLAH

SALAM UKHUWWAH

Sabtu, 25 Julai 2009

FROM THE PAST WE LEARN, FOR THE FUTURE WE GAIN

Bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran kita rafakkan tanpa henti pada allah subhanahu wataala atas setiap detik kta d dunia ini. selawat dan salam pada junjungan nabi muhammad s.a.w. yang membawa nur untuk kita terus hidup atas kalimah shahadah ini.

Penat berjaulah hampir tak terasa dek betapa enjoynya kami dalam jaulah tersebut. dan apa yang paling penting, bagi ana sendiri, it was the first trip that gives me millions of benefits, experience and memories. inilah JAULAH TARBAWI yang pertama pernah ana rasai, dan ana yakin sahabat-sahabat peserta lain turut sependapat dengan ana.



kenapa ye, org perempuan ni kena tutup aurat? yang pertama, tanya diri kita, siapa pakar kosmetik paling hebat?? tentulah allah, dia yang ciptakan kita. so he knows what's best for us. kalau kita tengok dari sudut sainsnya pulak, kulit wanita ni lembut. protein deposition dalam outermost skin dia pun kurang berbanding lelaki dan menyebabkan kadar kawalan wanita terhadap UV rays adalah lebih lemah berbanding lelaki...............



alhamdulillah, ana kira bertepatan dengan moto Badan Dakwah dan Kebajikan kat maahad dulu khairul bidayah tadullu 'ala khairun nihayah. perjalanan kami yang bermula dengan tazkirah syuruk daripada Ustaz Rahim selaku ketua musyrif berterusan dengan penuh makna dan ibrah. setiap detik kami dalam jaulah ini semuanya alhamdulillah terisi dengan baik sekali.

Antara yang disentuh sepanjang lebih kurang 4 jam perjalanan kami alex-matruh, adalah beberapa ayat Quran berkenaan saranan untuk kita bermusafir.

".... maka berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah dan lihatlah akibat orang-orang yang berdusta..." (Ali-Imran : 137)



Inilah beberapa kenangan yang mampu ana download dengan keterbatasan internet yang ada.


HARI PERTAMA




BAHRU CLEOPATRA : Ini destinasi pertama kami. kat sini ada mcm satu laluan air. dikatakan digunakan sebagai 'water filter' menggunakan pasir.





Tebal HAMAM CLEOPATRA : yang kat belakang tu, yang macam batu2 tu, tu lah hamam cleopatra. dia ada 4 lubang; 1 pintu masuk, 1 lubang cahaya kat atas, 1 lubang air masuk, 1 lubang air keluar. lubang air masuk tu, dicipta mengikut dari mana air tu akan mengalir masuk.





BAHRU 'AGIBAH : secara fushahnya, bahru 'ajibah kenapa ek? cuba tengok betul2 dekat gambar tu. ada nampak 7 warna tak? (",) . sepatutnya, pada waktu senja, kalau kita tengok betul2, dengan mata hati (hehe) kita akan dapat tgk 7 warna pada air laut ni, bermula dengan jernih, hijau muda, kuning susu, biru muda, biru tua, biru tua,ungu dan silver. tapi, bukan rezeki kami hari tu, x dapat kami nak tengok tujuh warna tersebut walaupun dah penat bertenggek di tepi tembok menanti sebuah keajaiban. apapun, alhamdulillah, dapat juga 'kami' tengok 5 daripada warna-warna tersebut.





BAZAR LIBYA : pada sebelah malam, kami pergi bershopping di bazar Libya. ada balah (kurma) badam, gajus, coklat, tin,aprikot, baju2, beg2, dan bermacam-macam lagilah ada.even malaysia's cocoa powder is also available here. menurut Ust Rahim, namanya tak ada sejarah, cumanya mungkin disebabkan ia berdekatan dengan Libya dan banyak barang2 luar dijual di bazar tersebut, maka dinamakanlah ia bazar Libya. dan sebenarnyaberhadapan dengan bazar Libya ni ada satu lagi bazar, Bazar Maghribi yang agak baru dibangunkan.



HARI KEDUA






JABAL MOUTA : Jabal ni kami x berpeluang masuk. cuma dapat berdiri kat tangga je. sebabnya ada masalah-masalah tertentu. dalam jabal ni sebenarnya terdapat mumia-mumia dahulu kala akan tetapi kami difahamkan ia telah pun dipindahkan.



KOTA LAMA SIWA : skrg dh smpi ke siwa plak. kat siwa ni byk sejarahnya...



Gambar 1: kalau nmpak ada masjid, itu sebenarnya adalah masjid 'atiq. Ia dibuka oleh Saidina Umar Al-Khattab setelah 'Amru bin 'As berjaya menakluk Mesir. Masjid ni masih digunakan pada waktu-waktu tertentu.




Gambar 2 : Ust Rahim: ok, org kata kalau nak cari view paling baik untuk sesuatu tempat adalah bila kita tengok dari tempat yang paling tinggi. dan kat sini, puncak ni lah yang paling tinggi untuk kita tengok bandar Siwa ini.




Gambar 3: kat dalam kota lama ni juga ada satu bilik khas untuk memandikan jenazah. dalam ni jugak ada ruang untuk ambil wudhu', telaga yang sangat dalam sebagai sumber air. asalnya, kami x dapat masuk sebab bilik ini berkunci, dan alhamdulillah rezeki kami turun lambat, dapat jumpa ngan 'ammu yang baik ni dan mintak izin untuk dia buka kan untuk kami seronok je 'ammu ni bila kami ajak bergambar!






KUBU ISKANDAR : kami sekadar mengambil gambar.
hampir saya terlupa, dalam jaulah ni, juga, ust telah membongkarkan satu rahsia yang sangat besar, bahawasanya, ALEXANDRIA THE GREAT BUKANLAH ISKANDAR ZULKARNAIN seperti mana yang ramai di antara kita faham selama ini. antara bukti-buktinya :

1. rujuk semula surah al-Kahfi ; (83-101). takkanlah allah nak mengangkat darjat orang yang mengkufurkanNya (Alexandria the Great adalah beragama Yunani) di dalam al-Quran.

2. perbezaan masa antara Alexandria the Great dan Iskandar Zulkarnain yang mana lebih kurang 1000 tahun.

3. Alexandria the Great, nama sebenarnya adalah Alexandria II anak Philips Marcedona.







KOLAM CLEOPATRA : Kat sini kami singgah makan. kolam ni menurut 'Teori Cleopatra', pasangan-pasangan yang nak bahagia, mandilah kat kolam ni. tapi, ana tengok pun tak sanggup. air nya dah hijau!
cumanya ana rasa terkilan lah sikit bila org yg jaga tempat rehat kat situ 'halau' musyrif-musyrif kami nak makan kat situ. bukan nak su' zhon, tapi, perlukah dia lebihkan mat-mat salleh yang tengah beristirehat kat situ dan ketepikan kami yang sama muslim ni?





JAZIRAH FATNAS : Berhampiran sini ada 'Uyun Cleoptra. Sampai sekarang mata air tu masih mengeluarkan air, walaupun setelah beribu tahun. dekat2 kawasan ni juga ada Kolam Guba.






TASIK GARAM



On the way balik ke Matruh, Ustaz macam biasa, tak lekang memberi pengisian sebaik mungkin pada kami. apa yang menarik, pndekatan ustaz memang menarik!

Ustaz telah membuka satu topik ringkas yang akhirnya membuka mata kami untuk melihat dari pelbagai sudut. Ustaz memulakan perbincangan dengan isu penantian exam dan berkembang dan berkembang kami membincangkannya termasuk isu cita-cita dan harapan dari jaulah ni terhadap masa depan dr2, soal kepimpinan, soal redha, soal kebahagiaan, soal ketenangan, soal kesabaran, soal aurat, soal wanita, dan pelbagai lagi..

harapannya, semua dapat ambil 'ibrah tentang apa yang kita SAMA-SAMA kupaskan insya allah...


Amalina : harapan saya, jaulah ini bukan berhenti di sini saja, akan tetapi ia menjadi permulaan kepada kita semua....



HARI KETIGA

Hem... hari ni hari terakhir. sebelah pagi, kami tak ke mana-mana. cuma berehlah di tepi pantai dengan pelbagai aktiviti menarik yang dah angah sediakan. bestnye.. alhamdulillah, terasa makin rapat dengan semua. ana gembira tengok kemesraan antara kita semua. Moga ukhwah ni kekal selamanya dan menjadi jambatan untuk kita menuju ke istana cinta ilahi.



subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. itulah kesimpulan yang paling layak untuk ana ungkapkan kat sini.

SUBAHANALLAH, betapa hebatnya allah. menciptakan alam ini di luar batasan sangkaan kita akan keindahannya!

ALHAMDULILLAH, betapa terisi 3 hari kami sepanjang jaulah ini. terima kasih kepada semua yang terlibat; kak madihah, Ustaz Rahim, musyrif-musyrif, ust2 tukang masak dri KLCC, pengarah, k. adah, sahabat-sahabat ajk jaulah, sahabat-sahabat peserta, dan semua yang terlibat..

ALLAHUAKBAR! kepada semua, teruskan perjuangan kita atas muka bumi allah ini... hidup ini adalah sebuah perjuangan... semuanya adalah perjuangan... perjuangan menuju cintaNya....

FROM THE PAST WE LEARN, FOR THE FUTURE WE GAIN

JUST DO OUR PART AND LEAVE THE REST TO ALLAH

* kalau ada sebarang fakta yg tersalah, maalish lah ye....